Dekat Malaysia ni banyak juga tempat yang dikatakan berhantu, tapi ada je segelintir orang yang memang nak rasa sendiri pengalaman untuk pergi ke tempat-tempat seram ni dengan harapan supaya dorang boleh rasa atau tengok sendiri kewujudan makhluk halus.
Dalam artikel ni adalah beberapa tempat paling berhantu di Malaysia dan pengalaman orang yang pernah jejakkan kaki ke sana alami.
1. Muzium Perang Pulau Pinang
Muzium yang terletak di Bukit Batu Maung ini pernah menjadi markas British pada tahun 1930-an. Ketika Perang Dunia Ke-2, askar Jepun telah mengambil alih markas tersebut dan menjadikan ia tempat tahanan perang. Dikatakan seorang askar Jepun yang bernama Tadashu Suzuki telah menjalankan hukuman pancung dan menyeksa lebih 100 individu dengan pedang samurai.
Tempat yang dikenali sebagai “Bukit Hantu” ini juga turut pernah dimasukkan ke dalam dokumentari National Geographic sebagai 10 tempat paling seram untuk dilawati di Asia.
Foto-foto yang menggambarkan tentang kengerian waktu perang dan bilik-bilik yang penuh dengan kisah-kisah gelap mesti akan buatkan korang seram sejuk. Bukan tu je, beberapa pengunjung mengatakan yang dorang pernah terdengar bunyi manusia menjerit menuruni bukit dan ada juga yang terlihat penampakan Suzuki berjalan di dalam terowong muzium tersebut.
Tak cukup dengan itu, ketika muzium ini diubah suai, pekerja-pekerja dilaporkan telah mendengar suara mangsa-mangsa perang diseksa di dalam terowong di sana juga.
2. Villa Nabila, Johor Bahru
Villa terkenal yang terletak berhadapan pantai di Johor ini dikhabarkan merupakan tempat di mana seorang pembantu rumah yang cemburu telah mengambil nyawa keluarga kaya yang pernah tinggal di sana bagi mewarisi kekayaan mereka. Mayat mereka dikatakan telah ditanam di satu kawasan di dalam villa tersebut namun ia tak pernah ditemui.
Kalau korang nak melawat tempat ni, pastikan korang pergi secara berkumpulan dan jangan berpecah. Kalau tak, salah seorang akan hilang atau akan ada tambahan yang kumpulan korang. Ada juga laporan penampakan wanita memakai baju berwarna putih.
3. Shih Chung Branch School, Pulau Pinang
Sekolah yang terletak di Lebuh Farquhar ini telah ditukar menjadi bangunan pentadbiran tentera di mana tahanan perang telah dihantar untuk diseksa sehingga mati oleh Askar Jepun. Kini sekolah tersebut telah menjadi bangunan terbengkalai yang terletak di tengah hutan menambahkan lagi rasa seram.
Ramai orang yang memandu menghampiri tempat ini mengatakan yang rupa bangunan ini terlalu seram sampai mereka takut nak pandang. Terdapat juga beberapa laporan tentang serangan histeria yang berlaku di kalangan pengunjung yang melawat tempat tersebut.
4. Rumah agam 99 pintu
Rumah agam 99 pintu ini tersembunyi di hujung ladang kelapa sawit di Nibong Tebal. Ia telah pun ditinggal kosong sejak 50 tahun lalu. Rumah agam ini pernah diduduki oleh keluarga yang sangat kaya dan menjalani kehidupan yang mewah sehingga tahun 1948 sebelum salah seorang ahli keluarga mereka mati ditembak dan pembunuhnya tak pernah ditemui.
Selepas rumah ini ditinggalkan kosong, dikatakan seorang bomoh wanita telah menggunakan rumah ini untuk menghubungi makhluk halus. Ekoran kekejaman dan aktiviti paranormal yang disaksikan oleh rumah tersebut, ia kini adalah antara tempat paling berhantu di Malaysia.
Beberapa penduduk tempatan mengatakan yang mereka sering mendengar suara mengaum dari rumah tersebut dan bunyi yang tak dapat digambarkan. Disebabkan ini, orang-orang di sana tidak akan mendekati kawasan tersebut selepas senja kerana takut terserempak dengan bomoh tersebut atau dirasuk.
Khabar angin mengatakan, terdapat pintu ke-100 di dalam rumah tersebut yang memberikan jalan untuk ke dunia roh dan pintu tersebut hanya terbuka pada satu-satu masa sahaja.
5. Victoria Institution
Sekolah menengah tertua di Malaysia, Victoria Institutional ini telah dibina pada tahun 1893. Ia dikatakan telah menjadi lokasi askar Jepun menyeksa dan membunuh orang.
Ekoran ini ramai pelajar yang telah melihat penampakan askar Jepun berkawad dan tubuh hitam berdiri di atas menara jam. Ada juga pelajar yang pernah nampak mayat tergantung di salah satu pintu tandas atau kanak-kanak perempuan berkeliaran seorang diri di sana.
Alamak seram-seram jugak. Korang berani ke nak pergi tempat-tempat ni?
Sumber: TheSmartLocal
Baca: 5 Tempat Paling Berhantu Di Bangkok Dengan Sejarah Tersendiri Yang Boleh Buat Korang Tak Tidur Malam