in

Individu Kongsi Pandangan Susulan Dakwaan Universiti Dicop Sebagai Sarang Maksiat Untuk Berzina

Vszz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Universiti adalah satu institusi untuk kita menuntut ilmu selepas tamat sesi persekolahan. Tanpa institusi ini, tidaklah kita dapat merasa kesenangan yang berada disekeliling sekarang ini.

Banyak kursus-kursus yang ditawarkan oleh universiti dan kita boleh ceburi apa sahaja yang diminati demi menjamin masa depan kita untuk menjadi individu yang berguna lantas membuka ruang peluang pekerjaan yang lebih besar.


Namun, di sebalik kemegahan dan kehebatan institusi ini sudah tentu ada perkara yang boleh dikatakan darkside apabila ada sesetengah individu yang mendakwa universiti ini sebagai tempat maksiat untuk berzina. Betul ke?

Dakwaan universiti dijadikan sarang maksiat untuk berzina

Sebuah hantaran telah dikongsikan di Twitter berkenaan dakwaan universiti masa kini telah dijadikan sarang maksiat untuk para penuntut berzina dan turut mempersoalkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan di sana.

https://twitter.com/ahluldhikrback/status/1568079589762633730

“Universiti macam rumah pelacur. Penuh dengan zina, muzik, dadah, pesta dan sebagainya dan wallahi, sesiapa yang berkata sebaliknya adalah penipu yang kotor. Saya bersumpah demi Allah anda adalah PEMBOHONG jika anda berkata sebaliknya. walaupun anda mengelakkan ini, yang kebanyakannya tidak, anda tidak akan dapat lari dari campuran bebas yang haram.”

Individu kongsi pandangan mengenai dakwaan tersebut

Perkara tersebut meraih perhatian netizen untuk mengulas mengenai dakwaan itu termasuklah seorang pengguna di Twitter yang telah berkongsi sendiri pandangannya mengenai isu tersebut.

Pada awalnya, individu tersebut telah menerima sebuah mesej daripada salah satu pengikutnya di Twitter dan meminta untuk berkongsi pandangan mengenai dakwaan itu.

https://twitter.com/anina_faris/status/1569614458447876098?s=46&t=VgNSHDDfhFiyJDnIEVEgDw

“Assalam kak Anina. Is it true universiti tempat berzina? Next year saya 18 nak plan sambung belajar di iium syariah law.”

Untuk menjawab persoalan tersebut, wanita itu awalnya menyatakan bahawa tuduhan ke atas universiti sebagai tempat berzina itu adalah sangat keras dan dia juga tidak menafikan bahawa hiburan memang berlaku di sana seperti pergaulan bebas dan muzik.

“Bila lelaki dan perempuan bercampur dalam satu tempat, jauh daripada kelurga, pasti ada keburukannya.”

“Kerisauan adik ni berasas. Macam mana nak jaga ikhtilat dalam keadaan diri kita sentiasa perlu berinteraksi dengan lelaki demi tugasan?”

Menurutnya juga, Malaysia masih tiada universiti khas untuk wanita dan menjadikan pilihan semakin terhad dan terpaksa bergaul dengan lelaki.

Individu tersebut memberi cadangan untuk hadkan interaksi dan elakkan terlalu ramah sehingga tahap boleh bergurau senda.

“Mungkin ada yang berpendapat, umat islam patut elakkan diri daripada universiti macam ni. Ilmu bukan semata-mata di sana.”

“Setuju, tapi apakah solusi masa kini? Kita masih memerlukan umat islam yang berilmu dalam bidang-bidang tertentu.”

Menurutnya, universiti masih diperlukan untuk melahirkan umat islam yang berjaya misalnya dalam ilmu perubatan dan perundangan lebih-lebih dari aspek fardhu kifayah yang mewajibkan sebahagian orang untuk bertanggungjawab ke atas saudaranya.

“Apa yang adik-adik boleh buat, sebelum masuk universiti, mantapkan dulu ilmu fardu ain. Belajar tauhid, perkukuhkan prinsip. Pergi masuk kelas agama. Nak sambung belajar di universiti tak semestinya kena 18 tahun. Bila rasa ilmu fardu ain tu dah mantap, barulah kejar yg kifayah.”

Apa pandangan korang pula mengenai dakwaan tersebut?

Baca: Tiada Tindakan Dari Pihak Universiti, Mangsa Gangguan Seksual Buat Petisyen Minta Pensyarah Dipecat

Screenshot 2022 09 15 At 4.26.07 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.