Umum mengetahui mengenai kes mahkamah pelakon terkenal, Amelia Henderson yang diarahkan agar membayar kos ganti rugi sebanyak RM213,000 kepada A.Aida setelah dia melanggar kontrak syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.
Walaubagaimanapun, Amelia masih menganggap kes tersebut belum berakhir dan dia difahamkan akan memfailkan rayuan kepada mahkamah.
Buat crowdfund untuk Amelia?
Susulan perkara tersebut, seorang peminat telah bercadang membuat crowd fund untuk Amelia demi membantunya melunaskan pembayaran kos ganti rugi yang diperlu dibayarnya.
If anybody knows any crowndfund for Amelia, kindly share. Moral tinggi memang mahal harganya. https://t.co/QuzH2DqTHj
— ?Yoyo Mak Arya? (@aswaliaaa) April 7, 2023
“Kalau ada siapa-siapa tahu apa-apa ‘crowdfund’ untuk Amelia, tolong share. Moral tinggi memang mahal harganya,” tulis individu tersebut.
Namun, hasrat murni individu terbabit telah menerima kritikan dan kecaman daripada pengguna media sosial lain yang berpendapat sebaliknya.
Hal ini kerana, ramai di antara mereka yang berpendapat bahawa artis tidak perlu dibantu kerana mereka mempunyai kerjaya dan juga punca pendapatan sendiri yang kukuh.
Malah, ada juga netizen yang berpendapat ianya tidak berbaloi untuk memberi wang kepada mereka yang mempunyai karier sebagai pelakon, sebaliknya lebih baik menderma pada orang yang lebih memerlukan.
“Err dia dah kaya. Pandai pandai lah dia cari duit nanti” – Netizen
Sekadar info tambahan, jumlah kos ganti rugi yang perlu dibayar oleh Amelia juga telah diminta agar dibayar secara lump sum oleh A.Aida.
Sumber : Twitter
Baca : “Saya rasa saya buat benda betul” – Amelia Henderson Bakal Kemukakan Rayuan