in

Individu Boleh Kena Denda RM300 Jika Beri Wang Kepada Pengemis & ‘Busker’ Di Indonesia!

vsgzf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selalunya kita boleh lihat terlalu ramai golongan-golongan seperti pengemis, gelandangan dan pemuzik jalanan yang berkeliaran di kawasan bandar dan tarikan pelancong demi meraih pendapatan dengan meminta wang kepada orang awam.

Mungkin kalau dilihat dari sudut perspektif negatif, aktiviti ini sebenarnya tidak sihat dan menandakan keadaan negara yang semakin sakit dek kerana ekonomi tidak stabil dan juga peluang pekerjaan yang terhad sehingga memaksa beberapa individu untuk meraih simpati di jalanan demi melangsungkan kehidupan.


Kerajaan juga bermain peranan penting dengan mencari jalan penyelesaian untuk membasmi perkara sebegini. Seperti baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan kerajaan Indonesia yang bertindak melakukan satu perkara yang di luar jangkaan dan progresif.

Denda RM300 jika beri wang kepada pengemis dan pemuzik jalanan

Kalau di Malaysia, mungkin memberi wang kepada pengemis dan pemuzik jalanan adalah bukan satu kesalahan. Namun, berbeza pula di satu kawasan di Indonesia dimana mana-mana individu yang memberi wang kepada pemuzik jalanan, badut jalanan dan ‘manusia perak’ akan didenda sebanyak 1 juta rupiah (RM304.71).

Screenshot 2022 10 19 at 1.41.45 PM

Menurut Utusan Malaysia, perkara tersebut difahamkan berlaku di sekitar kawasan Kota Semarang, Indonesia.

Ketua Khidmat Sosial Bahagian Pelacuran dan Pemerdagangan Orang Kota Semarang, Bambang Sumedi mengatakan bahawa pihaknya tidak membenarkan pemberian wang kepada mereka kerana kumpulan tersebut turut dikira sebagai pengemis, gelandangan dan golongan terbiar.

“Denda dikenakan kepada sesiapa sahaja jika memberikan wang atau barangan kepada golongan itu di kawasan jalan raya atau tempat umum.”

Walaubagaimanapun, denda tersebut hanya berkuatkuasa di sekitar kota sahaja dan tidak dikenakan jika golongan itu berada di perkampungan atau kawasan perumahan.

Turut digantung sebuah kain rentang di kawasan Kota Semarang bagi mengingatkan orang awam supaya tidak melakukan tindakan memberi wang kepada golongan itu.

Menurut Bambang juga, perkara tersebut terpaksa dibuat bagi menyekat golongan tersebut berlegar dan bertambah dari hari ke hari.

“Pergerakan mereka berjaya disekat dan ramai semakin sedar memberikan wang kepada golongan itu adalah salah.”

Daripada nak sedekah sikit terus kena denda RM300…

Baca: “Hanya wanita b*d*h mempertahan laki KDRT” – Netizen Indonesia Mahu Boikot Lesti Kejora

Screenshot 2022 10 19 at 1.39.37 PM

 

Sumber: Portal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.