Sejak akhir-akhir ni, peristiwa keganasan di Palestin makin menjadi-jadi dan telah meragut ramai nyawa yang tak bersalah
Dalam perkembangan terbaru, pihak tentera Israel telah melancarkan lebih banyak serangan udara di Gaza dan sehingga kini hampir mencecah angka 200 kematian menurut Al Jazeera.
Dari sini pun kita dah nampak, betapa kejam dan terkutuknya tindakan pihak Israel ni. Tak berperikemanusiaan langsung!
“Mana bendera India?”
Namun semalam, Perdana Menteri Israel ada memuat naik posting di akaun Twitternya dan menunjukkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada beberapa buah negara yang sokong ‘perjuangan’ mereka itu.
Terdapat beberapa buah bendera negara dimasukkan oleh dia seperti Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Itali dan banyak lagi yang dilihat sebagai penyokong kuat kepada Israel.
Posting itu disertakan sekali dengan kapsyen menyatakan dia berterima kasih kepada negara-negara tersebut sebab menyokong tindakan mereka yang kononnya mempertahankan diri dari ancaman pengganas. LOL!
🇺🇸🇦🇱🇦🇺🇦🇹🇧🇦🇧🇷🇧🇬🇨🇦🇨🇴🇨🇾🇨🇿🇬🇪🇩🇪🇬🇹🇭🇳🇭🇺🇮🇹🇱🇹🇲🇩🇳🇱🇲🇰🇵🇾🇸🇮🇺🇦🇺🇾
Thank you for resolutely standing with 🇮🇱 and supporting our right to self defense against terrorist attacks.— Benjamin Netanyahu – בנימין נתניהו (@netanyahu) May 15, 2021
Namun min tak sangka, ada juga yang triggered bendera negara dorang tak disebut oleh dia. Perkara ni jadi apabila ramai rakyat negara India yang dilihat sama menyokong Israel ini.
Dorang siap tanya mana bendera India sampai trending hashtag #IndiaStandsWithIsrael di Twitter.
Dah terang salah macam tu pun boleh nak sokong lagi?
“Israel tak kisah pasal India”
Tapi betullah apa orang cakap, benda tak selalunya indah kan? Tak semua kita harap tu menjadi macam apa kita nak.
Tanpa disangka, momen lawak untuk dilihat terjadi apabila komen-komen dari rakyat negara India itu dibalas oleh akaun pasukan pertahanan Israel. Dalam posting itu, mereka kata yang Israel tak kisah pun pasal India. Mereka siap ‘basuh’ rakyat India untuk jaga rakyat yang lain tu dulu.
Namun selepas membuat tinjauan, tak dapat dipastikan sama ada akaun itu adalah akaun rasmi mereka ataupun bukan.
Pedih dia macam kena reject dengan crush weh. Tapi apa-apa pun, kita doakan lah supaya penderitaan sahabat kita di Palestin tu berhenti dengan cepat sebab ni tanggungjawab kita semua.
Sumber : Twitter, Facebook, Al Jazeera