in

India Cipta Sejarah, Negara Pertama Berjaya Daratkan Kapal Angkasa Di Kutub Selatan Bulan

India Misi Bulan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

India mencipta sejarah apabila menjadi negara pertama mendaratkan kapal angkasa mereka di bahagian kutub selatan bulan, satu wilayah yang dikenali sebagai permukaan yang lasak dan tidak pernah diterokai oleh manusia.

Kejayaan tersebut menjadikan India sebagai negara keempat di dunia yang berjaya melakukan penerokaan angkasa lepas sebaris dengan Amerika Syarikat (AS), China dan Rusia.


Untuk rekod, ini merupakan percubaan kedua mendarat di bulan sekali gus menyaksikan misi terpenting bagi negara itu berjaya beberapa hari selepas kapal angkasa Rusia yang serupa terhempas.

Skynews Chandrayaan 3 Journalists 6260060

Perdana Menteri India, Narendra Modi yang menyaksikan pendaratan bersejarah itu, menganggap pendaratan tersebut merupakan pencapaian agung dan sentiasa terpahat dalam sejarah negara berkenaan.

“Ini merupakan detik-detik yang sukar dilupakan. Ini merupakan mercu tanda buat India baharu”, katanya.

Rakyat di seluruh India menyambut kejayaan tersebut dengan menari di jalan-jalan utama serta percikan bunga api.

Anwar Ibrahim ucap tahniah

Dalam pada itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mengucapkan tahniah kepada Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan tersebut.

Menerusi hantaran di laman Facebook, beliau berkata, Malaysia turut berbangga atas pencapaian itu yang belum pernah diterokai oleh sesiapa dan menyifatkan ia juga kejayaan buat Asia.

“India kini telah menawan bulan dan saya melihat kejayaan ini tidak hanya kejayaan India semata tetapi juga kejayaan buat Asia dan segenap warganya.

“Malaysia turut berbangga atas pencapaian ini dan ternyata ini adalah ‘The Asian Century’. Tahniah India!,” katanya.

Untuk pengetahuan, India bersaing dengan Rusia untuk mendaratkan kapal angkasa mereka di kutub selatan bulan, wilayah yang disebut-sebut dipenuhi ais yang dikatakan boleh menjadi sebuah kawasan penempatan.

Pada 2019, percubaan pertama kapal angkasa India yang diberi nama Vikram terhempas di permukaan Bulan tetapi tidak berkecai.

Sumber: Berita RTM

Baca: Hujan Batu Permata? 7 Fenomena Cuaca Ini Tak Berlaku Di Bumi Tapi Di Planet Lain!
Page Planet

Sumber: Skynews

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.