Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ina Naim menjelaskan bahawa dia kini sudah bersedia untuk kembali bergelar isteri. Jelasnya, ia bukan satu masalah seandainya bakal berkahwin semula atau tidak berkahwin langsung kerana pengakhiran antaranya dan arwah suami dahulu adalah satu pengakhiran yang baik.
Jelasnya, sepanjang dia bergelar isteri sebelum ini, Ina Naim menjelaskan bahawa arwah suaminya jenis orang yang tak pernah ‘naik tangan’, sentiasa menyayanginya dan membimbing dirinya untuk melakukan kebaikan.
Artikel berkaitan : “Propa semua tu” -Didakwa Bakal Bernikah Dengan Isman Hijjaz, Ini Jawapan Ina Naim
Artikel berkaitan : Tular Berita Konon Ina Naim Akan Berkahwin, Isman Hijjaz Nafi Jadi Calon Suami
Selain itu, Ina Naim turut menceritakan ciri-ciri lelaki jika seandainya ingin menjadi suaminya.
“Sebab tu Kak Ina boleh terima perkahwinan (baru), boleh terima orang lain untuk jadi pasangan Kak Ina, tapi Kak Ina mahukan ciri-ciri orang yang sentiasa menjaga (hubungan baik dengan) Allah.”
Dalam pada itu, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim sekali lagi menepis dakwaan yang mengatakan dia kini sudah mengedar kad undangan majlis perkahwinannya.
“Gossip yang keluar dekat media sosial itu semua hanya bersangka-sangka sahaja, Kak Ina tak ada dengar cerita apa-apa lagi, elakkan fitnah.”
Malah, Ina Naim ada menambah ciri-ciri bakal suami di mana dia mahukan seseorang yang boleh terima dirinya seadanya, terima pendapatnya dan juga orang yang boleh menjaga anak-anaknya yang sedang membesar ini.
Sumber : Facebook