in

“I’m sorry daddy” – Yana Muat Naik Luahan Di Instagram Lepas Keputusan Rayuan Akhir Najib

Collage 66

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebentar tadi, Mahkamah Persekutuan yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat telah sebulat suara untuk mengekalkan hukuman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang disabitkan ke atasnya pada tahun 2020 yang lalu.

Ketika membacakan keputusan mahkamah, Tengku Maimun mengatakan bahawa segala bukti-bukti sepanjang perbicaraan menunjukkan bahawa Najib bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan.


Ekoran ini, sebentar tadi anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib atau lebih dikenali sebagai Yana telah memuat naik gambar dia memegang tangan bapanya dengan kapsyen meluahkan kekecewaan atas keputusan yang diterima sebentar tadi di Instagram peribadi.

https://www.instagram.com/p/ChmIpw6Brjr/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Maafkan saya daddy…

Mungkin kita tak lawan lebih kuat. Mungkin kita terlalu letakkan kepercayaan penuh kita terhadap sistem keadilan. Mungkin kita terlalu percayakan sebab dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.

Tapi kamu tetap tak dapat keadilan hari ini dan kita pun tak ada peluang untuk melawan.

Tapi Bossku tak berakhir di sini.

Saya janji yang Mummy, Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang-orang kamu yang kami tak akan rehat selagi kamu tak pulang dengan selamat dan keadilan dapat ditegakkan.

Kami bangga dengan kekuatan kamu.

Saya akan pegang kata-kata perpisahan tadi setiap hari “mereka boleh kawal semuanya tapi mereka tak boleh kawal emosi dan kekuatan minda”…

Kekal kuat. Allah ada dengan kamu, ayahku.

(Saya) sentiasa dengan kamu, sekarang dan selama-lamanya.

Untuk pengetahuan korang, dengan keputusan mahkamah sebentar tadi, ini juga bermakna yang Najib secara automatik telah hilang kelayakan dari kerusinya sebagai Ahli Parlimen Pekan di bawah artikel 48(1)(2) Perlembagaan Persekutuan.

 

Baca: [TERKINI] Mahkamah Tolak Rayuan Kes SRC Najib, Sabitan & Hukuman Dikekalkan

Malaysia Politics Corruption 085717 2567502 20220816204607

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.