Seperti yang ramai tahu, Sharifah Sakinah sebelum ini memang tak merahsiakan yang dia mempunyai Kecelaruan Hiperaktif/Kurang Daya Tumpuan (ADHD).
Menerusi Instagram peribadi, Sharifah Sakinah ada kongsikan petikan video temubualnya bersama Pak Nil dalam rancangan Hard Heart.
Di dalam temubual tersebut, Sharifah Sakinah ada mengatakan yang sekarang ini kesihatan mentalnya berada dalam keadaan yang teruk dan dia bercadang untuk tinggalkan Malaysia.
Saya minta maaf sangat-sangat. Saya perlukan awak semua untuk faham yang kesihatan mental saya sangat teruk sekarang ni. Kerana itu saya bercadang untuk tak tinggal di Malaysia. Saya akan berpindah.”
Di dalam ruangan kapsyen pula, Sharifah Sakinah telah menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku ke atas dirinya dan kenapa dia membuat keputusan untuk pindah ke luar negara.
https://www.instagram.com/p/CMjIt2ui0bQ/?igshid=1wjq61hs48ixy
“Sejak beberapa tahun yang lepas, saya telah berjumpa dengan pelbagai doktor dan pakar terapi dan makan pelbagai jenis ubat dan saya meraba-raba dalam kegelapan dengan tindakan saya sendiri. Saya menderita dengan tekanan yang sangat kuat, anxiety, tindakan yang boleh mencederakan diri dan kadang-kadang saya hanya duduk dalam bilik selama berhari-hari tak bangun.
Tekanan yang saya alami ini sangat teruk sampai saya takut dengan apa yang akan saya lakukan atau dah lakukan jika saya tak makan ubat. Bahaya terbesar adalah diri saya sendiri.
Nasib baik saya ada orang-orang yang sayangkan saya dan sokong saya untuk tak buat apa-apa yang akan saya kesalkan kemudian hari. Saya juga dah berdoa dan fitness dan senaman saya telah banyak membantu saya untuk lepaskan tekanan. Tapi, doa saja tak cukup. Saya sedar saya tak boleh buat semua benda ni sendiri dan saya perlukan pemandangan yang baru. Sebab itu saya bercadang untuk tinggalkan Malaysia.
Sebelum ini saya dah beritahu yang saya akan berehat dari lakonan dan sekarang awak semua tahu kenapa. Saya perlukan rehat dan saya perlu fokus dengan cabaran saya sendiri dan saya harap saya dapat apa yang saya harapkan.
Namun ia tak bermakna awak semua tak dapat tengok saya lagi. Saya sukakan lakonan dan saya bercadang untuk kembali dengan lebih kuat selepas ini.”
Ekoran perkongsiannya ini, ramai netizen dan rakan artis telah memberikan kata-kata semangat untuk Sharifah Sakinah dan menyokong keputusannya itu.