Akhir-akhir ni ramai netizen ada buat lathi challenge di TikTok malah ada juga beberapa instafamous dan artis turut buat challenge ni termasuk lah Mawar Rashid.
Korang tahu tak lathichallenge tu macam mana ?
Ramai orang make up cantik muka diri sendiri sambil lipsync lagu Lathi daripada artis Indonesia iaitu Weird Genius ft Sara Fajira. Di akhir video challenge itu mereka akan berubah wajah dengan make up yang agak menyeramkan.
Dalam pada itu, ketika netizen melihat video lathi challenge daripada Mawar Rashid, automatik mereka teringat dengan Pontianak Harum Sundal Malam yang dilakonkan oleh Maya Karin beberapa tahun lalu.
Ramai yang suggest supaya Maya untuk buat challenge ini versi Pontianak Harum Sundal Malam.
Eh korang tak takut ke ?
Dalam pada itu, Maya Karin ada upload status di Twitter yang dia mendapat banyak request untuk buat lathi challenge ini.
Selepas upload status berkenaan, memang ramai netizen yang tak sabar nak tunggu kemunculan Maya Karin dalam lathi challenge.
Adakah Maya akan muncul sebagai Pontianak Harum Sundal Malam macam dalam filem ? Kita tunggu je lah…
Baca : “Jangan suka mengangkang” – Azhar Sulaiman Tegur Anak Gadis Lepas Video TikTok Jadi Bualan Netizen