Kalau sebut nama Khaby Lame mesti ramai boleh bayangkan sosok seorang lelaki yang buat video di media sosial tanpa bercakap kan. Waktu pandemik yang kita kena berkurung dalam rumah tu, video Khaby Lame ni lah yang ramai layan sebab sangat menghiburkan.
Terkini, ikon TikTok dengan pengikut paling ramai itu telah dikurniakan kerakyatan Itali. Lame yang berasal dari Senegal itu pindah bersama keluarganya sejak beliau lahir. Memandangkan undang-undang ketat kerajaan Itali yang tidak membenarkan anak imigran memperoleh kerakyatan sebelum berumur 18 tahun, berita penerimaan Lame menjadi rakyat Itali itu membuatkannya berbesar hati.
Menurut sumber CBS News, Lame sangat berbangga dengan keputusan kerajaan Itali itu.
I felt Italian even before today, because I’ve always lived here. I feel a great sense of responsibility for the oath I took.
Memetik kata-kata Lame, beliau juga bersumpah untuk taat kepada negara republik itu dan patuh dengan perlembagaan dan undang-undang negara.
Upacara penganugerahan kerakyatan kepada remaja berusia 22 tahun itu diadakan di sebuah pejabat kerajaan di Chivasso, sebuah bandar berdekatan Turin, Itali yang juga tempat tinggal Lame sekeluarga sejak berhijrah dari Senegal.
Baca: “First time dengar suara dia” – Khaby Lame Kongsi Kisah Inspirasi, Bercakap Sendiri Dalam Video Ini