in

Iklan Nampak Macam Wanita Berbikini, NGO Minta Jovian Turunkan Papan Tanda Di Bangi

Iklan Jovian Wanita Bengkung Macam Berbikini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekilas pandang nampak macam ada yang tak kena, tapi tengok kali kedua barulah sedar rupanya ia bukan seperti yang ramai sangkakan.

Baru-baru ini, papan tanda butik Jovian di Bandar Baru Bangi telah mendapat perhatian ramai selepas satu NGO iaitu Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) mendakwa ia mempunyai unsur ‘soft pornography’.


“Seolah memaparkan 8 orang wanita berbikini”

Menerusi perkongsian di Twitter, ISMA katanya telah menyampaikan satu surat bantahan kepada Jovian Factory Outlet, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi berkenaan papan tanda syarikat tersebut yang memaparkan 8 orang wanita memakai bengkung berwarna nude.

Menurutnya, imej tersebut seolah-olah menampakkan 8 orang wanita di dalam papan tanda itu seperti sedang memakai bikini dan perkara ini dipandang serius kerana ia seakan-akan merendahkan kemuliaan wanita.

Fj1Z28 Acaa59 4

Ketiga, kami bantah kerana ia melanggar kesopanan. Iklan ini amat ironi dengan imej Bandar Bangi Bangi sebagai Bandar Ilmu dan Syurga Tudung.

“Apatah lagi, iklan ini amat dekat dengan masjid ikonik; Masjid Al-Hasanah dan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Ramal, YB Mazwan Johar,” katanya lagi.

Jovian minta maaf, setuju turunkan papan tanda

Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru di Twitter ISMA, Jovian Apparel katanya telah menghubungi pihak NGO terbabit dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Mereka juga katanya telah menyatakan komitmen untuk turunkan papan tanda berkenaan dalam tempoh 14 hari.

Tambah ISMA lagi, mereka berharap papan tanda tersebut dapat diuruskan selewat-lewatnya pada 27 Disember 2022 seperti yang dijanjikan pihak Jovian.

Pantas juga tindakan yang diambil pihak Jovian ye. Semoga semuanya dapat diselesaikan dengan baik. 

Baca: “Sirim dibuat untuk banteras pelitup muka hauk di pasaran” – Jovian Mandagie

Jovian Mask

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.