Kalau sebelum ini Lobak Merah pernah melaporkan tentang wanita yang dicaj RM175 kerana menangis di hadapan doktor, kali ni, min nak kongsikan pulak pasal satu doktor di India ni pula yang mengeluarkan satu iklan memperincikan bayaran yang akan dikenakan bagi servis yang diberikan.

Kedengaran masuk akal tapi servis ini juga termasuk pesakit perlu membayar RM57 sekiranya mahu mahu bertanya kepada doktor tentang penyakit yang mereka jumpa di Google. Aik???
Memetik laporan NDTV, iklan terbabit mula dikongsikan di laman sosial Twitter sebelum viral di internet. Menerusi iklan terbabit, ada lima servis yang ditulis bersama bayaran yang mencapai hingga sekitar RM141.
Berikut merupakan servis dan caj yang ditulis dalam iklan berkenaan:
- Diagnosis saya, rawatan saya – RM 11.30
- Diagnosis saya, rawatan anda – RM 28.29
- Pertanyaan penyakit dari Google – RM56.57
- Diagnosis anda, rawatan saya – RM84.86
- Diagnosis anda, rawatan anda – RM113.14
Meskipun ramai yang pelik dengan iklan terbabit, ramai juga netizen yang menyuarakan rasa setuju dengan iklan terbabit. Malah, ada juga yang mengatakan inilah realiti kehidupan zaman sekarang.
“At least doktor ni terus tulis siap-siap berapa dia caj daripada dia caj je tapi tak bagitau apa-apa,” tulis seorang netizen.
Sumber: NDTV