Seekor ikan paus dilihat telah membuat kemunculan di perairan Tahiti ketika acara luncur air untuk Sukan Olimpik Paris 2024 sedang belangsung.
Ketika penonton seluruh dunia melihat saingan separuh akhir acara luncur air, penonton dikejutkan dengan kehadiran seekor ikan paus jenis humpback yang melompat keluar ke udara.
Memetik laporan AP News, Tatiana Weston-Webb dari Brazil dan Brisa Hennessy dari Costa Rica adalah peluncur bertuah yang bertanding pada hari itu apabila menyaksikan sendiri kemunculan paus di perairan Tahiti.
Artikel berkaitan: 50 Fakta Menarik Di Dunia Ni Akan Buat Korang Ternganga!
Artikel berkaitan: Suka Sergah Pengunjung, Kanak-Kanak Terkejut Disakat Ikan Paus Beluga
Ketika saingan itu berlangsung, pengulas sukan juga menyifatkan detik itu sebagai “luar biasa” dan sangat menakjubkan untuk sukan Olimpik.
Sumber turut melaporkan semua atlet selamat kerana ikan paus itu berada jauh dari mana-mana pesaing apabila ia dilihat muncul dari air.
Walaupun ikan paus itu merupakan satu kejutan yang menggembirakan bagi kebanyakan penonton dan peluncur, mamalia gergasi itu bukanlah sesuatu yang baru di perairan Tahiti.
Untuk rekod, lokasi pertandingan luncur air untuk Olimpik Paris 2024 diadakan di Tahiti, hampir 10,000 batu dari bandar tuan rumah di Eropah.