in

Ikan Arapaima Yang Libas Anggota Jabatan Perikanan Dilaporkan Sudah Mati

Ikan Arapaima Gergasi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kami ada kongsikan berita tentang lima orang anggota Jabatan Perikanan yang cedera dan sesak nafas akibat dilibas oleh ikan Arapaima ketika operasi menangkap ikan spesies invasif itu di Melaka.

Selepas ditangkap, ikan tersebut telah dipindahkan ke Zoo Negara namun nampaknya nyawa ikan-ikan tersebut tidak panjang kerana ikan-ikan berkenaan dilaporkan telah mati selepas dipindahkan ke zoo berkenaan, lapor Sinar Harian


Ketiga-tiga ekor ikan berkenaan disyaki mati akibat faktor usia.

Artikel Berkaitan: “Ikan bertindak agresif”- Dilibas Ikan Arapaima Gergasi, 5 Anggota Jabatan Perikanan Cedera & Sesak Nafas

Artikel berkaitan: “Semua tak boleh makan” – Wanita Kesal Peniaga Tak Jujur, Terkejut Dapat Ikan Dah Busuk

Namun, proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian ikan-ikan Arapaima itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Selepas bedah siasat selesai, ikan-ikan yang mati itu akan diawet atau melalui proses taksidermi untuk tujuan pendidikan kepada orang awam.

Namun, ada juga warganet yang berpendapat bahawa ikan-ikan tersebut mati kerana mungkin haiwan itu tidak dapat beradaptasi dengan air baru.

12 2

13

Namun, untuk pengetahuan semua, ikan Arapaima ini merupakan ikan spesies invasif yang boleh menjadi dominan dan merosakkan ekosistem sungai kerana ia akan menjadi pemangsa pada ikan-ikan tempatan yang lain.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.