in

“Ignore je sis!” – Muat Naik ‘Selfie’, Netizen Puji Keyakinan Fatiya Latiff

syaz ft 2025 11 06T153848.749

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, tular satu posting di Threads milik pelakon Fatiya Latiff yang menarik perhatian ramai apabila dia tampil dengan mesej penuh self-love dan keyakinan diri.

Dalam hantaran itu, Fatiya menegaskan yang dia tak kisah pun jika ada orang yang mengatakan dirinya gemuk atau apa sahaja tentang bentuk badannya sekarang.


Artikel berkaitan: “Semua berubah” –  Fatiya Latiff Luah Perasaan, Akur Wajah Tidak Seperti Dulu

Artikel berkaitan: “Saya ada buat rawatan” – Fathia Tak Kisah Cakap Orang, Dakwa Faktor Usia Jadi Sebab Wajah Berubah

 

View on Threads

 

“Tak kisah la orang nak kata I gemok ke apa tapi Im happy in my own body and im happy with my life,” tulisnya.

Katanya, dia gembira dengan fizikalnya selain menekankan yang dia kini sangat gembira dengan kehidupannya.

Posting tersebut disertakan dengan dua swafotonya yang kelihatan tenang dan yakin, selain menggayakan pakaian serta make up yang minimal.

Dalam ruangan replies, ramai netizen yang menyokong kenyataannya itu, mengatakan mereka suka melihat pelakon Ariana Rose itu semakin positif dan mendahulukan kesihatan mental berbanding pandangan orang lain.

cats 3

Sebagai info, Fatiya Latiff merupakan seorang pelakon yang bertapak dalam industri sejak tahun 2009, namanya meningkat dalam drama bersiri popular, Ariana Rose.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.