Beberapa hari lepas, Malaysia digemparkan dengan penemuan mayat yang disimen di dalam kolah bilik air disebuah rumah sewa di Kampung Pendamar, Klang. Siasatan awal pihak polis mendapati mayat yang disimen itu dipercayai telah berada disitu dalam tempoh lebih setahun.
Terkini, pihak polis telah mengesahkan mangsa adalah warganegara India yang berusia dalam lingkungan 30an. Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa adalah teman wanita suspek utama kes pembunuhan ini dan pernah menyewa di kediaman itu bersama.
Artikel berkaitan: Mayat Wanita Disimen Dalam Bilik Air, KP Selangor Dedah Mungkin Telah Dibunuh Lebih Setahun
Artikel berkaitan: Gempar Penemuan Mayat Disimen Dalam Bilik Air Di Klang, Polis Buru 2 Suspek Warga Asing
Bercakap kepada sumber, Ketua Polis Selangor juga berkata, polis kini dalam proses mendapatkan waran tangkap terhadap suspek dan akan meminta kerjasama pihak Kedutaan India untuk mengesan dan menangkap pelaku.
Berdasarkan keterangan dari 10 saksi, pihak polis telah menyiapkan lakaran wajah mangsa. Pihak polis juga kini sedang mendapatkan bantuan dari Kedutaan India di Malaysia bagi mendapatkan butiran mangsa dan menghubungi pihak keluarganya.
Untuk rekod, penyewa warga asing rumah berkenaan memberikan alasan bahawa air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu dan menyebabkan bau busuk.
Hasil siasatan awal pihak polis yang turut dibantu pihak bomba telah menemui mayat seorang wanita yang disimen di dalam kolah bilik air.