Ibu Tiri Pukul & Kebulurkan Anak Tiri Umur 10 Tahun Sebelum Bakar Mayatnya Dalam Tong Sampah

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Macam mana ada orang boleh tergamak tengok budak kecil terseksa kelaparan? Memang patut pun wanita ni dipanggil “evil” lepas apa yang dia buat pada anak tirinya.

Menurut Daily Mail, pada Isnin lepas, Tiffany Moss didapati bersalah atas semua pertuduhan termasuk membunuh, kekejaman terhadap kanak-kanak dan cubaan untuk sembunyikan jenayah dengan membakar mayat anak tirinya yang berusia 10 tahun, Emani Moss.

Sumber: Daily Mail

Semasa perbicaraan, pihak pendakwa raya menceritakan semula kekejaman yang dilakukan oleh Tiffany pada tahun 2013. Dia dikatakan telah mengurung Emani di dalam sebuah bilik tidur dan perlahan-lahan biarkan budak malang ini kebuluran.

Pegawai perubatan pula menerangkan bagaimana Emani menjadi semakin lemah tanpa makanan dan air serta terbaring di atas katil yang penuh dengan najisnya sendiri kerana dia terlalu lemah untuk bergerak.

Lebih teruk lagi, suami Tiffay, Eman Moss yang juga bapa kandung kepada kanak-kanak malang ini tahu tentang keadaan anaknya yang dikurung dan dibiarkan tanpa makanan dan air.

Sumber: Daily Mail

Semasa tempoh Emani dikurung, Tiffany ada menghantar mesej kepada suaminya menunjukkan makanan yang dia sediakan untuk lelaki itu dan dua anak kandungnya.

Selepas Emani mati, pasangan ini telah menyumbat budak ini di dalam tong sampah dan membakar mayatnya.

Kalau korang nak tahu, dorang bakar mayat Emani ni depan dua anak-anak dorang. Memang tak ada hati perut betul!

Peguam Daerah Gwinnet, Danny Porter mendesak pihak juri untuk memberikan hukuman mati kepada Tiffany.

Sumber: Daily Mail

“Dia dah tunjuk yang dia mampu berkelakuan kejam. Sisi gelapnya ini akan sentiasa ada dalam dirinya dan hanya menunggu masa untuk keluar.

Danny juga telah memanggil Tiffany “evil stepmother” dalam ucapan pembukaannya dan mengatakan kes ini seperti “a Cinderella story gone horribly wrong”.

Pada tahun 2015, Eman Moss telah mengaku bersalah atas pembunuhan anaknya dan dijatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat selepas bersetuju untuk memberi keterangan terhadap isterinya.

Manakala Tiffany yang memilih untuk membela dirinya sendiri tak memberikan apa-apa hujahan atau bukti yang dia tak bersalah serta tak menunjukkan apa-apa emosi sepanjang perbicaraan itu telah dijatuhkan hukuman suntikan maut.

Yang admin sakit hati, selalunya bapak kandung tak tahu isteri buat anak dorang macam ni. Tapi, bapak ni boleh pulak join sekaki bunuh anak sendiri. Manusia jenis apa pun tak tahu lah.

 

Baca: Ibu Tiri Dakwa Anak 3 Tahun Maut Kerana Jatuh di Bilik Air, Rupa-rupanya Didera Sehingga Meninggal Dunia

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson