Seorang penuntut kolej tahun satu semalam telah disaman atas jenayah yang dilakukan bersama ibunya kerana menyerang madu ibunya dengan memukul menggunakan payung.
Berdasarkan fakta kes, Suriyawati Jusof, 43, bersama anak keduanya dan seorang anak lelaki telah pergi ke rumah mangsa dan tiba-tiba memukul madunya iaitu isteri pertama menggunakan payung, lapor Sinar Harian.
Mangsa juga disepak hingga terjatuh dan cedera pada siku serta tangan kerana terkena tar jalan. Kejadian itu juga katanya disaksikan oleh suami mereka dan jiran tetangga.
Susulan itu, Suriyawati telah didenda RM500 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda manakala anak perempuannya yang berusia 19 tahun pula dikenakan bon jaminan berkelakuan baik selama 2 tahun dengan cagaran RM1,000 atau setahun penjara.
Hakim tegur sikap gadis ikut perbuatan buruk emak
Gadis berusia 19 tahun tersebut kemudian telah ditegur Majisret Kamarul Hasyimie Rosli atas perlakuannya.
Ibu terjah, awak pun terjah,” tegur hakim.
Ibu dan anak ini telah dihukum selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan.
Berdasarkan pertuduhan tersebut, mereka kemudian didakwa secara bersama-sama dengan sengaja sebabkan kecederaan terhadap isteri pertama, Roslina Abdullah, 35, di alamat Taman Guru Kem Desa Pahlawan Kok Lanas, Kota Bharu, 10.40 malam pada 11 Januari lepas.
Dakwaan kes ini dilakukan atas Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Selain itu, hakim juga sempat menegur perbuatan dua beranak ini terutama si ibu yang mengheret anaknya yang masih belajar dalam masalah tersebut. Tak pasal-pasal anak dia ada rekod jenayah.
Sekarang ini macam mana? Baru tahun pertama masuk kolej, perjalanan hidup masih jauh.
“Kenapa perlu ikut perbuatan ibu? Kalau ada rekod, mesti menjejaskan masa depan,” katanya.
Haih tak memasal ada rekod jenayah pula…