Seorang remaja berusia 16 tahun semalam telah menjadi perhatian apabila dia tertekan pedal minyak sehingga merempuh medan selera Tanjung Kling, Melaka selepas disuruh ibunya untuk memanaskan enjin kereta jenis Toyota Avanza.
Memetik laporan Astro AWANI, kejadian rempuhan itu telah mengejutkan seramai 11 orang pengunjung medan selera termasuk seorang bayi yang sedang menjamu selera di tempat kejadian.
Namun, nasib baik tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana kesemua pengunjung tersebut dikatakan sempat mengelak.
Difahamkan juga, sebelum kejadian. remaja tersebut telah masuk ke dalam kereta tersebut setelah ibunya menyuruhnya untuk memanaskan enjin kenderaan terlebih dahulu.
Namun, ketika proses memanaskan enjin, dia telah tertekan pedal minyak dan gear telah diubah ke butang R (Reverse) sehingga menyebabkan kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba.
🚨TW: Accident
1. A 16-year-old boy in Melaka accidentally crashed his mother’s MPV into a food court yesterday.
"The teen was asked by his mother to start the MPV, but he accidentally stepped on the accelerator, reversing the vehicle into diners," says PDRM. pic.twitter.com/0n4iM8F5wa
— BFM News (@NewsBFM) August 27, 2023
Menurut Asisten Komisioner Christopher Patit iaitu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, dalam kejadian kira-kira pukul 2.43 petang itu, kejadian itu turut menyebabkan kereta Avanza itu juga turut bergesel dengan kereta yang diparkir bersebelahan dengannya.
Kejadian itu sempat dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di medan selera terbabit.
Walau bagaimanapun, warganet nampaknya tidak percaya dengan kronologi insiden tersebut.
Apa-apa pun, kita tunggu siasatan lanjut dari pihak polis.
Sumber: Astro AWANI, Malaysia Gazette
Baca: Cikgu Memandu Geleng Kepala, Keluar Tandas Kereta Dah Masuk Longkang!