Jelaslah disini betapa bahayanya virus Covid-19 ini, sekelip mata sahaja boleh meragut nyawa orang tersayang tanpa kita duga.
Bukan semua orang bernasib baik untuk sembuh, tak tahan rasa sebak dengan luahan daripada seorang pemuda yang dikenali sebagai Shanditya Fitrian berasal dari Surabaya ini apabila ibunya meninggal dunia akibat Covid-19.
Tiada penyakit, selalu bersenam
Ibu @shandityaf sentiasa mengamalkan hidup yang sihat disahkan positif Covid-19. Katanya ketika dihubungi Team Lobak Merah, Shanditya menjelaskan bahawa ibunya itu tidak ada sebarang penyakit kronik sebelum ini.
“Ibu tidak punya penyakit bawaan, ibu senin rabu selama 5tahun terakhir selalu renang, bahkan sabtu-minggu selalu jogging atau naik sepeda dengan ayah saya, hanya setahun terakhir ini saat pandemi jadi jarang olahraga.”
Tambahnya lagi, dia begitu tidak sangka melihat keadaan ibunya begitu teruk semasa dirawat di hospital.
“Justeru kerna ibu tidak ada penyakit bawaan saya shock kenapa bisa separah ini.”
Menerusi perkongsiannya di Twitter, sepanjang tempoh ibunya dirawat, Shanditya rasa down apabila membaca mesej-mesej ibunya sepanjang berada di dalam wad.
Ibu cuba kuat doakan ibu ya.”
Namun begitu, ibunya meninggal dunia ketika berada di ICU. Ramai netizen turut sebak apabila pemuda ini kongsikan mesej itu dan bertambah sebak melihat panggilan video mereka sekeluarga semasa ibunya masih hidup.
— shandityafitrian (@shandityaf) January 20, 2021
Dalam perkongsian yang telah meraih hampir 12K retweets itu, ada juga netizen yang mengalami nasib sama (ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19) turut berduka dan memberikan sokongan moral kepadanya.
Netizen sebak
Salam takziah buat Shanditya sekeluarga dan mudah-mudahan arwah ibu ditempatkan dikalangan orang beriman. Al-fatihah