Macam yang kita tahu, negara jiran iaitu Indonesia memang cukup hebat dengan lagu berentak dangdut.
Antara lagu dangdut yang paling hits dari Indonesia adalah lagu yang bertajuk Lagi Syantik nyanyian Siti Badriah kerana ia sudah ditonton lebih 500 juta di laman Youtube.
Bukan itu sahaja, mereka turut mengasahkan bakat-bakat baru untuk penyanyi dangdut dengan mengadakan pertandingan Liga Dangdut Indonesia (LIDA) bermula pada tahun 2018 sehingga kini.
Namun, baru-baru ini tular di laman Twitter mengenai klip video yang memaparkan seorang peserta bagi uji bakat LIDA 2020,berjaya menempah tiket untuk ke peringkat seterusnya.
Anak berusia 14thn & lulus ke Pertandingan Liga Dangdut Indonesia 2020.. Saat beliau gembira & mau berkongsi cerita dengan keluarga, pakcik memberi khabar duka..
Ibunya meninggal dunia beberapa minit yang lalu.. Luluh hati ni!
1/2 pic.twitter.com/iSI4uwLrhN— Wagyu Sedap (@wagyusedap) January 21, 2020
Peserta yang bernama Siti Nurjannah Rumasukun, 14 dan berasal dari FakFak, Papua Barat, Indonesia itu telah menyanyikan lagu bertajuk Kejora dan berjaya menambat hati juri untuk ke peringkat seterusnya.
Jannah sempat di tanya oleh para juri akan tujuannya menyertai pertandingan ini. Lalu, dia menjawab ingin membantu ibunya yang sakit.
“Apa niat kamu masuk pertandingan ini?” Juri
“Niat masuk Lida sebab nak sembuhkan mama”
“Mama sakit, sakit diabetes.” Jannah
Jannah turut memberitahu bahawa ayahnya sudah meninggal dunia 3 tahun yang lalu dan kini mereka sekeluarga di tanggung oleh pakciknya.
Namun kegembiraannya itu tidak kekal lama apabila dia mendapat berita kematian ibu daripada pakciknya.
Setelah gadis muda ini disahkan berjaya, pihak produksi telah menelefon pakciknya yang lebih dikenali sebagai Pak Mus bagi menyampaikan berita gembira ini.
Tapi apa yang di sampaikan pula oleh Pak Mus telah menyebabkan ketiga-tiga juri dan Jannah sendiri menitiskan air mata.
“Mama semalam dimasukkan ke hospital, sekarang mamanya berkumpul sama-sama ahli keluarga yang lain” Pak Mus
“Mana mama? Saya nak cakap dengan mama” Jannah
“Keluarga semua sayang mama. Tapi Allah lebih sayangkan mama. Mama tadi pesan dekat Jannah untuk terus kuat. Jannah perlu buat yang terbaik untuk adik-adik.” Pak Mus
“Mama mana?” Jannah
Mama tadi sudah dipanngil oleh yang maha kuasa. Mama sudah meninggal dunia Jannah. Pak Mus
Menurut Pak Mus juga, ibu Jannah telah menghembuskan anfas terakhir pada jam 12.30 hari akibat serangan jantung.
Admin harap Jannah dapat buat yang terbaik untuk pertandingan itu dan semoga keluarganya dipermudahkan.