18 Januari lepas, satu kejadian tidak diduga di Batu Caves apabila ada wanita melahirkan anak di dalam kereta ketika perjalanan ke hospital.
Tanpa diduga perkara yang lebih kurang sama pada beberapa hari sebelumnya berlaku apabila Jabatan Kesihatan Negeri Perak ada seorang ibu melahirkan bayi kembar di atas bot ketika dalam perjalanan ke hospital.
Dikesan sakit bersalin masa buat lawatan
Menurut sumber, kejadian melahirkan anak itu berlaku semasa anggota kesihatan Klinik Pos Kemar yang terdiri daripada Pegawai Perubatan, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat dan Penolong Perawatan Kesihatan sewaktu usaha membawa berumur 31 tahun dengan usia kandungan 35 minggu itu ke Hospital Gerik.
“Dia dikesan mengalami sakit bersalin oleh Jururawat Masyarakat yang membuat lawatan ke rumahnya.”
Dengan tindakan pantas anggota kesihatan, ibu tersebut selamat melahirkan bayi kembar dengan berat 2.4 Kg dan 1.3 Kg. Kesemua mereka telah dirujuk ke HRPB bagi menjalani rawatan susulan.
Menerusi Sinar Harian, salah seorang jururawat Nur Shaffriza Mohd Shaffril, 34, menceritakan bahawa kejadian itu berlaku pada 15 Januari lalu sekitar jam 11.20 pagi. Akui sudah terbiasa dengan menyambut kelahiran bayi, kali ini agak berbeza kerana ia dilakukan ketika bot sedang bergerak.
“Meskipun berasa cemas, kami bersyukur kerana proses kelahiran berjalan lancar. Ibu bayi itu mengadu sakit mahu bersalin ketika lawatan jururawat masyarakat ke rumahnya.”