in

Ibu Kanak-kanak M*ut Dij*rut Alami Kemurungan, Rupanya Pernah Dip*kul Suami

ibu kanak kanak maut dijerut kemurungan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu kepada kanak-kanak berusia enam tahun yang maut dijerut dan ditemukan ditanam di kawasan belukar kini sedang menerima rawatan di hospital kerana mengalami kemurungan akibat terlalu sedih dan trauma atas kekejaman yang menimpa anaknya.

Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail, lapor Harian Metro.


Menurutnya, pihaknya menerima maklumat berkaitan ibu berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk menerima rawatan.

“Kini kami sedang menunggu laporan perubatan dari hospital untuk memberi bantuan psikologi dan sokongan lain kepada ibu mendiang di HSI,” katanya.

Artikel berkaitan: Jiran Kanak-kanak 6 Tahun Ma*t Dakwa Sering Dengar Mangsa Menangis, Ibu Bapa Bertengkar

Artikel berkaitan: “Suami saya culik dan sembunyikan, sekarang dia dakwa anak hilang” – Ibu Budak Ditemui M*ut Di Rompin

WhatsApp Image 2025 07 30 at 10

Pernah dipukul suami

Sementara itu, Kosmo! melaporkan wanita terbabit pernah membuat laporan polis menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Wanita itu ada membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam pada Selasa lalu, dua hari sebelum suaminya membuat laporan palsu mengenai kehilangan anak tunggal mereka, Tishant.

Semalam, polis memaklumkan hasil bedah siasat mendapati mangsa maut akibat jerutan menggunakan pengikat kabel.

“Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan tekanan di leher. Ia boleh menyebabkan kematian dan dalam kes ini, dipercayai dilakukan menggunakan pengikat kabel,” katanya.

Polis berkata, siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti motif kejadian, namun berdasarkan soal siasat awal, suspek (bapa kanak-kanak itu) dipercayai berdepan masalah rumah tangga dan dalam proses perceraian.

Sumber: Harian Metro, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.