in

Ibu Dikecam Bagi Anak Kecil Makan Cili Sampai Mata Berair

Ft Ibu Bagi Anak Makan Pedas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang ibu yang dipercayai dari negara jiran, Indonesia merakam anaknya yang masih kecil memakan makanan yang masam dan pedas mengundang kecaman orang ramai.

Dalam video tersebut kelihatan si anak kecil itu memakan buah yang dicicah dengan sambal pedas sehinggakan air mata kanak-kanak itu meleleh.


Artikel berkaitan :  “Tak elok perut budak tu” – [VIDEO] Bapa Ajar Anak Kecil Makan Pedas Undang Teguran Netizen

Artikel berkaitan : Agensi Makanan Negara Denmark Tarik Balik Penjualan 3 Produk Ramen Korea Samyang Kerana Terlalu Pedas

Biarpun ramai yang bengang, ada juga yang membela si ibu ini dengan alasan ia adalah perkara biasa buat kanak-kanak kecil yang tinggal di desa memakan pedas berbanding ibu bapa di bandar yang membataskan anaknya dengan makanan itu.

Malah bagi mereka tiada masalah kerana anak kecil dalam video ini dilihat suka dengan kepedasan.

Ada juga yang anggap golongan yang mengecam itu datang daripada generasi yang lemah serta ada yang membandingkan anak mereka yang umur 2 tahun boleh makan pedas.

Makan Pedas 1 Makan Pedas 2 Makan Pedas 3

Dalam pada itu, ramai juga yang kesian melihat keadaan anak kecil tersebut selain daripada kecaman yang dilontarkan kepada ibunya.

Makan Pedas 4 Makan Pedas 5 Makan Pedas 6 Makan Pedas 7

Dalam hantaran tersebut, ada juga netizen yang ajukan mengenai kes ini kepada doktor dan doktor tersebut menjelaskan bahawa sangat bahaya untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun makan makanan pedas, apatah lagi cili mentah seperti dalam video tersebut.

Katanya lagi, bayi di bawah umur 2 tahun biasanya organ dalam badan masih sensitif dan bahagian dalam perutnya pasti akan luka kerana kepadasan itu. Katanya lagi, sedangkan orang dewasa boleh kena gastrik jika memakan makanan pedas, apatah lagi anak sekecil itu.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.