in

“Ibu dah meninggal”- Akan Tunggu Kakak Dalam Kelas, Kisah Murid Ini Gendong Adik Ke Sekolah Setiap Hari Buat Ramai Sebak

Gendong Adik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang murid perempuan sekolah rendah di Sulawesi Selatan, Indonesia baru-baru ini telah menjadi perhatian warganet kerana dia telah menggendong adiknya setiap hari untuk dibawa bersama ke sekolah.


Memetik laporan Tribunnews, murid perempuan berusia sembilan tahun itu yang dikenali sebagai Nuraeni sering membawa adiknya itu ke sekolah kerana ibu mereka telah meninggal dunia.

Gendong Adik

Sejak pemergian ibu mereka, adiknya itu sentiasa bersama-samanya meskipun ketika di sekolah kerana tiada saudara mara yang boleh membantu menjaga adiknya ketika dia ke sekolah.

Difahamkan, apabila sampai ke kelas, adiknya akan duduk di sebelah kakaknya atau di belakang kelas dengan diam sementara menunggu kakaknya tamat waktu persekolahan.

Artikel Berkaitan: “Penat mak buat” – Murid Segan Bawa Keluar Makanan Jamuan, Ramai Terharu Tindakan Guru Ini

Artikel Berkaitan: “Isu dah bertahun” – [VIDEO] Murid Sekolah Nyaris Tersungkur Kendong Beg Berat Naik Tangga, Netizen Minta ‘Solution’

Namun, menurut guru-guru kakaknya, si adik duduk dengan baik dan tidak pernah bising atau mengganggu proses pembelajaran di dalam kelas tersebut.

Lebih sayu apabila ibu mereka telah meninggal dunia akibat penyakit kanser dan sebelum ini, Nuraeni lah yang menjaga ibunya ketika sakit.

Dalam video yang tular baru-baru ini, dapat dilihat bahawa murid tersebut sedang menulis di buku latihannya di dalam kelas sambil menidurkan adiknya itu.

Rata-rata warganet sebak melihat nasib kedua-dua mereka sehingga ramai pihak yang mahu membantu dan mengambil mereka menjadi anak angkat.

Ada juga pihak yang menggesa pihak yang berwajib untuk menawarkan biasiswa kepada murid perempuan itu agar dia dapat belajar dengan lebih baik.

Sumber: Tribun News

Sumber: Tribun News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.