in

Ibu Anak 4 Maut Akibat Makan Ketum, Keluarga Terima Pampasan Bernilai Hampir RM50 Juta

meninggal akibat ketum

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebut pasal daun ketum, pastinya ada di antara kita terutama di Asia Tenggara mengamalkan pengambilan daun ini yang dikatakan boleh menjadi bahan perubatan tradisional.

Pun begitu, ramai juga yang tidak tahu bahawa daun ketum ini mempunyai kesan sampingan kecil yang menyebabkan pengguna mengalami degupan jantung dan tekanan darah tinggi, masalah tidur dan boleh menyebabkan ketagihan.


01082023 40 1 AS ketum

Wanita Florida maut makan ketum 

Walau bagaimanapun, malang menimpa sebuah keluarga dari Florida apabila seorang ibu anak empat, Krystal Talavera dilaporkan meninggal dunia akibat memakan ketum pada 2021 lalu.

Menurut Utusan Online, hakim mahkamah Persekutuan di West Palm Beach, Donald Middlebrooks telah memerintahkan pengedar ekstrak herba Asia Tenggara itu, Kratom Distro membayar pampasan lebih AS$11 juta (RM50 juta) kepada empat anak mangsa dan harta pusakanya.

Sudah tentu, tiada nilai wang yang dapat menampung kesakitan dan penderitaan dialami oleh anak-anak mangsa disebabkan kematian ibu mereka.

“Bagaimanapun, undang-undang menegaskan bahawa defendan harus membayar sesuatu meskipun ia tidak mencukupi,” katanya.

Krystal Talavera 39 dies after taking KRATOM 696x392 1

Anak sulung Krystal, Devin Filipelli dalam satu kenyataan berkata dia berharap keputusan mahkamah itu akan menekankan ‘bahaya ketum’ kepada orang ramai.

Saya bersyukur dengan keputusan mahkamah, namun tiada nilai wang yang mampu membawa ibu saya kembali atau menghilangkan rasa derita kami,” kata Devin.

Terdahulu, Krystal katanya telah diperkenalkan dengan ketum oleh rakan-rakan beberapa tahun lalu sebelum kematiannya.

Mangsa menganggap ketum sebagai makanan tambahan semulajadi yang selamat dan mengambilnya selepas membeli secara online dari Kratom Distro.

Pun begitu, Krystal akhirnya ditemui dalam keadaan tak sedarkan diri di ruang tamu kediamannya pada 20 Jun 2021 sebelum disahkan meninggal dunia.

Baca: Trak Dikejar Tentera Terbabas Masuk Longkang, Cubaan Seludup Ketum Gagal

agal

Sumber: Tasbos

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.