Peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir memaklumkan mahkamah memerintahkan larangan (gag order) untuk tidak mendedahkan mengenai prosiding yang berlaku berhubung pendakwaan lima remaja yang dikaitkan dengan kes buli.
Ekoran itu, peguam Hamid Ismail meminta Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan mengenai prosiding terbabit.
Tambahnya lagi, pihaknya tidak boleh berkongsi apa yang berlaku dalam mahkamah berikutan larangan berkenaan bagi mengelak contempt of court.
Artikel berkaitan: Identiti 5 Remaja Bakal Didakwa Kes Buli Zara Qairina Tidak Boleh Didedahkan – SUHAKAM
Artikel berkaitan: Kes Zara Qairina: Selain Buli, Ada Elemen Pengabaian & Gangguan S*ksual – Menteri Dalam Negeri
Beliau turut menjelaskan larangan itu disebabkan peruntukan undang-udang dan tidak ada kaitan dengan menyembunyikan sesuatu atau melindungi orang kenamaan (VIP).
“Banyak perkara yang tidak boleh didedahkan mengikut Seksyen 15 Akta Kanak-Kanak, apa saja tidak boleh didedahkan termasuk sepanjang siasatan atau prosiding di mahkamah.
“Ia bukan sebab VIP atau ada perkara yang disembunyikan, ia disebabkan undang-undang yang melarang.
“Jadi kita berharap pihak AGC dapat memberikan kenyataan berhubung perkara ini,” katanya.
Justeru, beliau memohon maaf kerana tidak boleh mendedahkan apa-apa yang berlaku dalam prosiding mahkamah hari ini.
Sumber: Berita Harian