in

“Ia berlarutan sehingga kini” – Hidayah Dakwa Disihir Sejak Kematian Abam Bocey

Hidayah Sihir

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak perkara yang dihadapi oleh balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Noor Hidayah Mohd Ali sejak kebelakangan ini, terbaru dia mendakwa dia serta anaknya dibelenggu sihir sejak kematian arwah.

Hidayah menerusi video di Instagram memohon bantuan daripada mana-mana pihak termasuk pakar perubatan Islam untuk mengubati masalah yang dihadapi dia dan anak tunggalnya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey.


https://www.instagram.com/p/CqiQxdMDlNk/

Difahamkan, mereka berdepan dengan masalah itu semenjak arwah suaminya meninggal pada Februari 2020 dan ia masih berlarutan sehingga ke hari ini.

“Assalamualaikum semua, Dayah nak minta pertolongan kepada sesiapa sahaja pakar perubatan Islam, ustaz, ustazah atau sesiapa sahaja yang mempunyai kepandaian / perawat mistik dan sihir,

yang boleh mengubati / merawat masalah yang Dayah serta Hamzah disihir dan ganguan mistik sejak arwah suami meninggal, berlarutan sehingga kini.

Mohon kepada sesiapa yang boleh membantu boleh la menghubungi abang Dayah,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang memberikan rekomendasi mereka dan ramai juga yang mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Hidayah dan anaknya.

Semoga Hidayah terus kuat…

Baca: Gagal Bayar RM 60K Kepada Nur Hidayah, Ali Puteh Terkejut Rumah Ibu Disita

Rumah Ibu Ali Puteh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.