in

“I wasn’t good enough” – Luahan KJ Selepas Tumbang Di PRU15 Undang Sebak, Ramai Mahu Beliau ‘Comeback’

KJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kali ini bukan calang-calang selepas menyaksikan ramai nama-nama besar politik tumbang.

20190327MH04

Bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin juga merupakan antara ahli politik yang disebut-sebut selepas tewas di Parlimen Sungai Buloh di tangan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk R Ramanan dengan majoriti undi 2,693.


Menerusi akaun Instagram rasmi miliknya, Khairy ada menulis panjang lebar mengenai perjalanannya sebagai ahli politik dalam pilihan raya kali ini.

Menurutnya, walaupun pilihan raya adalah asas satu kerajaan berdemokrasi, ia juga adalah satu pengukur yang menentukan sama ada seseorang ahli politik itu dianggap bagus atau sebaliknya.

https://www.instagram.com/p/ClKuoWGBsso/?hl=en

“Saya rasa saya dah cuba yang terbaik. Tapi ia tak cukup. Kalah tetap kalah tak kiralah tipis atau sebaliknya dan tak kisahlah walaupun berapa ramai orang yang kecewa dengan kekalahan anda,” tulisnya.

Kata Khairy lagi, kekalahan kali ini bukan bermakna ia adalah penamat segalanya tetapi beliau akan mengambil kira apa yang dilaluinya sepanjang pilihan raya ini sebelum beliau boleh merangka langkah yang seterusnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dia sebenarnya penat dan tidak mempunyai masa untuk berehat sepenuhnya sejak menjawat jawatan Menteri Kesihatan Malaysia selama dua tahun melawan wabak COVID-19.

“Ia merupakan dua tahun yang sukar untuk saya cuba mengawal wabak COVID-19 daripada merebak di negara ini. Pun begitu, ia satu penghormatan untuk berkhidmat kepada negara dan saya bersyukur keadaan Malaysia adalah lebih baik daripada beberapa negara lain.”

Akhir kata, Khairy juga sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada calon yang berjaya memenangi kerusi di Parlimen dan berharap mereka akan memimpin dengan baik.

“Come back stronger, chief!”

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian Khairy itu sudah memperoleh hampir 10 ribu komentar daripada pengguna media sosial termasuklah beberapa selebriti tanah air.

Rata-ratanya meminta Khairy supaya berehat sepenuhnya sebelum kembali semula ke medan politik.

KJ Supporters e1668919682555

KJ Supporters 1

KJ Supporters 2

Sumber: IG @khairykj

Baca: “Please come back stronger in 5 years…” – Netizen Berduka KJ & Nurul Izzah Kalah PRU15

KJ Izzah PRU15 e1668916316525

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.