in

“I tak nak you” – Tular Video ‘Reject’ Wanita, Ammar Nazhan Kembali Jadi Kecaman Netizen

ammar nazhan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh, Ammar Nazhan sekali lagi menjadi bualan netizen selepas sebuah video memaparkan dirinya dan seorang wanita tular di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, pempengaruh yang sering terpalit kontroversi itu dikaitkan dengan seorang wanita bernama Lynn, hanya beberapa hari selepas Ammar dilaporkan merisik teman wanitanya, Elya Maisara.


Dalam video tular berkenaan, Ammar dilihat bertikam lidah dengan wanita tersebut dan meminta agar Lynn tidak lagi mengganggu hubungannya dengan Elya.

“Elya sekarang dalam keadaan tak stable. I baru merisik dia minggu lepas. You nak apa? I tak nak you,” kata Ammar.

“You baru je bertunang tapi you dah over macam ni. Baru merisik kan? So why not I tak boleh minat dengan you, I nak you,” balas wanita berkenaan.

 

View on Threads

 

Artikel berkaitan: “Tak ada niat nak pisahkan korang” – Voice Note Tular, Wanita Dakwa ‘Ex’ Ammar Nazhan Beri Penjelasan

Artikel berkaitan: Pempengaruh Ammar Nazhan Bakal Bergelar Suami, Tular Gambar Merisik Kekasih

Screenshot 2025 12 28 161512
Tangkap layar video tular di aplikasi Threads.

Bagaimanapun, video tersebut menerima reaksi negatif daripada netizen yang rata-ratanya mendakwa sudah muak dengan kandungan Ammar yang disifatkan sekadar mengejar ‘views’.

“Orang lain buat drama, kau pun nak buat drama tapi versi bajet rendah. Yang perempuan tu pun carilah lelaki yang lebih elok,” kata seorang pengguna dikenali sebagai Riddhatul.

Seorang lagi pengguna pula turut meninggalkan komen, “Cukuplah jadikan benda macam ni untuk tarik view.”

Malah, ada juga yang mempersoalkan kewajaran kandungan sedemikian memandangkan Ammar sudah pun merisik wanita pilihannya dan kini menuju ke fasa perkahwinan.

“Dah nak masuk 2026 pun masih drama sama. Dulu belum ada ikatan tak apalah, ini dah merisik pun masih buat konten macam ni,” kata seorang lagi netizen.

Untuk rekod, pada 17 Disember lalu, Ammar dilaporkan telah merisik Elya Maisara menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujangnya bersama wanita tersebut.

Namun, beberapa hari selepas itu, tular pula satu hantaran di TikTok oleh seorang wanita bernama Lynn yang mendakwa dirinya merupakan bekas kekasih Ammar.

Sumber: Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.