Adat sebagai penyewa, kenalah jaga rumah yang disewa itu sebaik-baiknya dan pastikan semuanya dalam keadaan bersih dan kemas.
Selain itu, kena pastikan juga yang sewa perlu dibayar on time kepada pemilik, begitu juga bil elektrik dan air yang diguna setiap bulan.
Namun apa yang terjadi kepada lelaki ini yang dapat penyewa serupa ‘binatang’ memang agak mengejutkan.
Penyewa buat hal, sewa tak bayar, HUTANG bil air sampai beribu-ribu
Menerusi perkongsian Fikri di twitter miliknya, dia kini sedang mencari individu yang pernah menyewa rumahnya di Klang, Selangor.
Katanya penyewa tersebut dah ‘buat perangai’ apabila :
- Tak bayar sewa rumah 7-8 bulan
- Tak bayar bil elektrik sampai jumlah RM2k
- Tak bayar bila air berjumlah RM400
- Buat rumah macam tongkang pecah, rosakkan barangan dalam rumah
Memang melampau lah kan, dah lah menyewa lepas itu boleh pulak buat perangai macam ini.
Tapi pelik juga sebab pemilik rumah biarkan penyewa duduk sampai 7- 8 bulan walaupun tak bayar sewa, bagi admin dah cukup baik dah tu..ni namanya dah pijak kepala.
Sebagai penyewa pulak, bila orang dah baik dengan kita, janganlah ambil kesempatan diatas kebaikan orang lain.
Kau aniaya bapak aku. Mentang2 bapak aku bagi kau ddk free…
**Kalau admin pun bengang bila dapat penyewa macam ini.
Fikri kata penyewa siap boleh buat majlis perkahwinan lagi kat rumah tersebut, namun tak reti naik bayar segala bil termasuk sewa rumah. Malah lepas kena halau, rumah yang ditinggalkan memang ‘barai’ habis.
I taknak viralkan muka diorang sebab dia ada anak yang masih bersekolah
Betul jugak cakap Fikri, jangan libatkan bangsa atau negeri kelahiran pelaku sebab ianya dilakukan oleh individu itu sendiri dan tiada kaitan pun dengan perkara-perkara lain.
Malah jangan kerana salah mak ayah, anak yang jadi mangsa kan?
So, lepas ini beringatlah especially pemilik rumah supaya menyediakan kertas perjanjian, yelah kalau kejadian seperti ini berlaku pada kita atleast kita ada bukti malah senang nak ambil tindakan.
Korang mesti nak tau macam mana keadaan rumah yang disewa tersebut kan? Sampai mengamuk betul Fikri di twitter.
Ini antara gambar yang dikongsikan Fikri di twitternya.
“Macam tongkang pecah, habis rosak barang dalam rumah”
Kepada penyewa-penyewa di luar sana, please BEHAVE! Ingatlah yang kita ini menumpang sahaja, kalau nak rosakkan, buat kat rumah sendiri.