in

“I hope you heal” – Janna Nick Akhirnya Bersuara, Tegaskan Hantaran Bersifat Umum

Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan pengacara, Janna Nick, akhirnya tampil memberikan penjelasan susulan teguran yang dibuat oleh ibu kepada Puteri Balqis, Norashikin Mohd Aziz, baru-baru ini.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Story hari ini, Janna menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuat sebelum ini bukan bertujuan menyerang mana-mana pihak, sebaliknya lahir daripada pengalaman peribadi.


Menurut Janna, dia mengakui tidak mengenali Puteri Balqis secara peribadi. Bagaimanapun, mereka pernah terlibat dalam satu projek lakonan ketika Balqis masih kecil.

Janna berkata, sewaktu penggambaran tersebut, dia mengalami pengalaman yang mencetuskan trauma peribadi selepas melihat seorang individu yang mempunyai kaitan dengan Balqis berada dalam keadaan tidak sepatutnya di bilik solat.

Namun, Janna menegaskan individu yang dimaksudkan bukan ibu Balqis.

Screenshot 2026 01 24 161202
Antara hantaran yang dimuat naik janna nick di laman instagrammnya, hari ini.

Artikel berkaitan: “Tidak mahu keruhkan keadaan” – ‘Diserang’ Puteri Balqis, Mia Sara Pilih Untuk Berdiam Diri

Artikel berkaitan: “Ayat lebih kepada tunggang isu” – Ibu Puteri Balqis ‘Sound’ Janna Nick, Dakwa Komen Threads Bersifat ‘Backhanded’

Selain itu, Janna mendakwa selepas penggambaran selesai, berlaku satu insiden melibatkan ibunya yang dikatakan telah diburukkan dalam satu kumpulan WhatsApp selebriti.

Situasi itu, menurutnya, menyebabkan dia dipulaukan oleh ibu Puteri Balqis dan rakan-rakan selebriti untuk satu jangka masa yang panjang.

“Sejak itu, saya dipulaukan oleh sahabat selebriti selama bertahun-tahun,” luahnya.

Bagaimanapun, Janna menegaskan bahawa hantaran yang dimuat naik sebelum ini bersifat umum dan tidak ditujukan kepada mana-mana individu secara khusus, termasuk Mia Sara.

Janna Nick
Janna nick

Dalam masa sama, Janna mengakui dirinya seorang yang menyimpan dendam dalam tempoh yang lama, namun merasakan dirinya berasa lebih lega selepas cuba melepaskan perasaan tersebut, walaupun tidak sepenuhnya.

Dalam perkongsian yang lebih bersifat peribadi, Janna turut mengimbau kenangan bersama Puteri Balqis ketika kecil dan menyifatkan pelakon muda itu sebagai seorang yang berbeza serta mempunyai dedikasi tinggi.

“Saya masih ingat awak datang ke set dengan patung Darth Vader. Saya kagum dengan dedikasi awak. Awak bukan seperti budak-budak lain,” katanya.

Janna turut menyatakan bahawa setiap kali melihat Balqis, dia seolah-olah melihat dirinya sendiri, sekali gus menzahirkan harapan agar pelakon muda itu dapat melalui proses penyembuhan emosi dengan baik.

“I hope you heal,” tulisnya ringkas.

Sumber: Instagram Janna Nick

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.