Macam yang korang semua tahu, selepas 11 tahun menghidap kanser limfoma, penyanyi ‘Kalis Rindu’ ini mengumumkan bahawa dirinya telah pun bebas dari penyakit tersebut pada penghujung tahun lalu.
Selepas Elyana memberitahu orang ramai mengenai penyakit yang dihidapinya itu, dia sering kongsikan pengalamannya tapi sering dicemuh oleh segelintir netizen yang menuduhnya sengaja meraih simpati.
Namun baru-baru ini, gambar yang dimuat naik oleh Elyana di Instagram peribadinya telah mengejutkan ramai orang bila penyanyi ini memperlihatkan yang dia tidak lagi mengenakan hijab sambil memakai baju dengan tulisan “JADI DIRIKU”.
Tindakan Elyana ini jelasnya telah membuatkan ramai netizen yang tertanya-tanya dengan perubahan dirinya itu serta menimbulkan banyak spekulasi.
“I give up, betul-betul give up”
Elyana, ketika dihubungi Utusan Malaysia menjawab ringkas bahawa dia sangat terkesan dengan tindakan netizen yang sering mempersoalkan caranya menutup aurat.
Betul, saya tertekan kerana warganet. I give up, betul-betul give up.”
Sebelum ini, Elyana pernah kongsikan ‘teguran’ netizen yang dirasakan biadap dan mengakui rasa seperti dihina sehingga penyanyi ini meminta untuk berdepan dengan wanita tersebut.
Time tu (kalau penyakit datang balik) jangan bising posting kononya mohon doa dan mohon kesian orang. Menyampah dah masa tu. Silap diri sendiri.”
Kalau setiap hari dicemuh orang, semua yang buat pun dipandang tak betul memang boleh jadi stress. Kita doakan yang baik-baik je lah untuk Elyana. Kita sendiri pun tak tahu pengakhiran kita nanti macam mana.
Baca: “Tak tahu struggle macam mana” – Elyana Kecewa Kawan Baik Tuduh Tipu Hidap Kanser