Keputusan rakyat Malaysia mengubah tampuk kepimpinan mungkin adalah langkah yang baik buat semua.
Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dah mendedahkan hutang dan tanggungan kerajaan berjumlah RM1.087 trilion atau 80.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNKK).
Menurut Projek MM, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan Malaysia akan berhutang lebih RM300 bilion lagi jika Datuk Seri Najib Razak dan Barisan Nasional (BN) menang Pilihan Raya Ke-14 yang diadakan pada bulan Mei lalu.

Beliau menjelaskan perkara ini akan berlaku kerana BN perlu meminjam lebih banyak daripada tanggungan lebih RM1 trilion untuk menunaikan janji manifestonya.
“Anda lakukan tugas yang baik dengan menyingkirkan Najib, dan jika beliau menang, kita akan menanggung hutang RM300 bilion lagi.”
Bukan itu sahaja, Najib juga pernah berjanji setiap negeri akan menerima antara RM60 hingga RM80 bilion peruntukan sekiranya beliau kekal berkuasa.

Peruntukan RM60 bilion untuk 14 negeri berjumlah RM840 bilion, manakala RM300 bilion secara purata setiap negeri menerima lebih RM20 bilion.
“Dari mana beliau dapat duit itu? Setiap orang yang berfikir akan tahu beliau perlu meminjam, dan jika beliau meminjam, beliau akan menambah hutang.”
Namun begitu, Mahathir tidak mengulas lanjut dari mana beliau memperoleh angka tersebut.
Wah, bagus jugaklah perubahan pada kali ini. Sekurang-kurangnya di masa hadapan negara tidak perlu menanggung hutang yang lebih banyak daripada apa yang sedia ada.
Takutlah banyak-banyak hutang ni.