in

Hubungi Talian Kecemasan Tak Dijawab, Bayi Meninggal Dunia Akibat Lemas Semasa Lahirkan Di Rumah

ft byi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penantian dan keterujaan sepasang suami isteri untuk menyambut cahaya mata sulung mereka berubah menjadi detik paling pilu dalam hidup mereka.

Hasrat untuk menjadi ibu bapa musnah apabila bayi dalam kandungan si isteri meninggal dunia akibat lemas ketika melahirkan.


Artikel berkaitan : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Artikel berkaitan : “Walau apa berlaku, kami pasrah & redha” – Ibu Bapa Arwah Al Fateh Mohon Doakan Kesihatan Bayi Kembar 3

Hubungi 999, kali pertama tapi tak dijawab, kali kedua terputus

Menurut pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai, putera sulung buat pasangan ini lemas selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di bilik air rumah mereka.

Katanya, kejadian yang menyayat hati itu berlaku pada 19 November lepas kira-kira jam 5.40 petang di kediaman mereka yang bertempat di Puncak Alam.

“Pada petang kejadian, si ibu yang sedang berehat tiba² mengadu sakit perut seperti tanda ingin melahirkan.”

“Menyedari isterinya sedang kesakitan, si suami segera menghubungi talian kecemasan 999. Namun panggilan pertama tidak berjawab, menyebabkan si bapa semakin panik.”

Katanya, dalam kesakitan yang semakin memuncak, isterinya berjalan ke bilik air kerana merasakan sudah hendak bersalin. Suaminya itu tidak berputus asa menghubungi talian kecemasan, dan panggilannya itu dapat dijawab namun terputus beberapa saat kemudian.

“Bimbang akan keadaan isterinya, si suami segera menuju ke bilik air.”

“Di situ, beliau mendapati isterinya sudah terbaring, dan bayi mereka telah keluar dari bahagian kaki hingga ke paras leher dalam keadaan songsang.”

Pada waktu itum si suaminya megang tubuh bayi yang amsih tersangkut pada rahim, tetapi sebagai orang yang bukan berkemahiran dalam perkara ini, dia tidak berani untuk menarik keluar biarpun sudah didesak oleh isterinya.

“Dalam keadaan sakit dan lemah, si ibu terus berusaha meneran berulang kali sehingga akhirnya kepala bayi berjaya dilahirkan sepenuhnya.”

“Tidak lama kemudian, si bapa dapat menghubungi talian kecemasan. Operator perubatan bertindak membimbingnya melakukan bantuan CPR ke atas bayi.”

Bayi yang diletakkan ke pangkuan ibunya itu walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

“Pegawai perubatan yang tiba di lokasi tidak lama kemudian mengesahkan bahawa bayi itu telah meninggal dunia.”

“Ibu dan bayinya kemudian dibawa ke Hospital UiTM Puncak Alam untuk tindakan lanjut, termasuk proses bedah siasat.”

“Jasad wildan Syurga Muhammad Amir Faris telah dibawa ke Bilik Wakaf Jannatul Firdaus dengan menaiki kereta oleh kedua ibu bapanya.”

“Maafkan mama”

Dalam hantaran video, dilihat bapa mengesat air mata tanpa henti dalam menguruskan jenazah bayinya.

“Si bapa diberi peluang memandikan anaknya sendiri. Kelihatan berkali-kali si bapa mengalirkan air mata, meratapi kehilangan anak yang dinanti. Alhamdulillah, jasad adik Muhammad Amir Faris selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang selepas solat Zuhur.”

Kata Wan Cai, pihaknya turut sebak apabila melihat si ibu turun dari kereta dan berdiri di sisi pusara kecil anaknya dan terdengar bisikan kesal “Maafkan mama”.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.