in

Hubungan Masih Baik, Azri Iskandar Kadang-kadang Pinjam Ellie Kalau Tak Ada Duit

ft azri iskandar ellie hubungan baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun sudah bercerai, pelakon Azri Iskandar mengatakan bahawa dia tidak akan lupa untuk menjemput bekas isterinya Ellie Suriaty ke majlis perkahwinannya.

Jelas Azri, dia kini masih lagi dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasih hatinya, Dr Azra jika ada jodoh antara mereka.


Malah, seperti yang diperjelaskan sebelum ini, Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Screenshot 2023 07 28 123720

“Memang target (untuk berkahwin) seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah. Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua.”

“Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, berkumpul kawan-kawan dan juga bergambar. Malah, saya akan jemput bekas isteri Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia.”

Screenshot 2023 07 28 123736

Menjawab mengenai hubungannya dengan bekas isteri, Azri menjelaskan kepada Harian Metro bahawa dia dengan Ellie masih baik dan menyifatkan hubungan itu lebih bagus jika nak dibandingkan dengan waktu mereka masih suami isteri.

“Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau tak da duit saya pinjam dia dan begitu juga dia. Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah.”

Bagaimanapun, Azri turut menjelaskan bahawa dia masih lagi belum ada kesempatan untuk membawa kekasihnya itu untuk berjumpa dengan anak-anak. Ia kerana faktor kekangan masa disebabkan kesibukan kerja.

Baca : “Saya akan jemput Ellie” – Azri Iskandar Sahkan Bakal Nikah Dr Azra Tahun Ini?

azri iskandar nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.