in

“Hubungan kami tiada pelik-pelik” – Zarina Anjoulie Anggap Nedim Nazri Seperti Abang

ft nedim anju

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon Zarina Anjoulie menjelaskan bahawa hubungannya dengan bekas suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri seperti abang abang dan adik. Ia susulan dengan luahan kerinduannya dalam Instagram Stories, baru-baru ini.

Katanya, dia telah mengenali Nedim sejak usia 19 tahun, bahkan keluarga Nedim termasuk bapanya, Datuk Seri Nazri Aziz juga mengetahui persahabatan mereka.


Artikel berkaitan : “Mak Nora menangis” – Nora Danish Kongsi Detik Penghijrahan, Bermula Dengan Hadir Majlis Ilmu

Artikel berkaitan : “Tak mengapa jika dia bersama wanita lain, perceraian ini permintaan saya” – Nora Danish

“Kami sudah lama berkawan, ada yang bertanya kenapa saya tak pernah kongsi selama ini. Ya, bukan semua benda saya nak dedahkan termasuk dengan siapa saya berkawan. Sesetengah perkara saya tak mahu orang tahu.”

“Nedim ibarat abang, hubungan kami tiada yang pelik-pelik. Kami berhenti berkawan selepas Nedim berumahtangga.”

“Bila masing-masing sudah berkahwin, kami berhenti berhubung sebagai menghormati antara satu satu sama lain,” katanya.

Screenshot 2024 07 19 160548

Jelasnya lagi, statusnya sebagai janda juga tidak manis untuknya berhubung dengan lelaki bergelar suami orang. Namun begitu, Zarina menyatakan bahawa Nora Danish tahu mengenai hubungan mereka.

Mereka kembali berhubung selepas Nedim dan Nora bercerai, tetapi hubungan mereka tidak lebih daripada itu,

“Memang benar kami kembali berhubung, tetapi hanya bertanya khabar dan tak lebih daripada itu. Tapi, sekiranya ada yang cuba nak buat spekulasi dan memfitnah, tolong hentikan kerana Nedim seorang yang baik.”

“Dia bukan kaki perempuan, kalau sayangkan seorang, Nedim akan menyayangi sepenuh jiwa. Nedim sangat menghormati wanita, sangat menyayangi dan sentiasa sayang kepada Nora,” jelasnya lagi.

Screenshot 2024 07 19 160712

Dalam pada itu, Zarina meminta kepada orang ramai agar tidak mengganggu mereka dan diberikan ruang mengubati kedukaan hati mereka.

“Tolong jangan ganggu mereka, beri ruang dan marilah sama-sama kita mendoakan mereka,” katanya.

Sebelum ini, Zarina ada  memuat naik hantaran dalam Instagram ‘I miss you Boss Ned’ selang beberapa hari selepas Nora dan ahli perniagaan berkenaan bercerai.

Perkongsian tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen sehingga ada yang tertanya-tanya reaksi Nora biarpun mereka sudah berpisah pada 16 Jun lalu selepas tujuh tahun melayari rumah tangga.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.