in

“Hubungan kami diuji dengan orang ketiga” – Bekas Kekasih PU Riz Kirim Surat Terbuka Buat Neelofa?

riz amal lofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, bertebaran gosip yang mengatakan pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa sedang menjalin hubungan cinta dengan Pencetus Ummah Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.

Gambar mereka berpakaian sedondon semasa majlis pernikahan adik Neelofa tempoh hari telah menimbulkan tanda tanya peminat, namun sehingga kini kedua-duanya menafikan dan mengunci mulut mengenai hal tersebut.


lofa riz 1

 

Bekas kekasih PU Riz sindir Neelofa? 

Selepas isu tersebut hangat diperkatakan, muncul pula berita mengenai bekas kekasih PU Riz yang bernama Amal Syahmina memuat naik instastory yang menyindir Neelofa memakai stokin untuk menutup aurat.

Berikut apa yang dikongsikan, lapor Hotfm.

EiahegGUMAAwe89

EiaheznVoAATJgU

“Ya saya bersalah kerana menjadi ‘bitter'” – Bekas kekasih

Walau bagaimanapun, selepas mendapat pelbagai teguran dan kritikan netizen, Amal telah memuat naik posting di Instagram meminta maaf atas apa yang berlaku.

Menurutnya, posting tersebut merupakan surat terbuka buat dirinya dan kepada mereka yang prihatin dengan keadaan dirinya.

Amal menjelaskan lagi, tujuan dia menulis surat tersebut adalah untuk membersihkan namanya dan memohon maaf kerana mengkritik Neelofa yang berniat untuk berubah menjadi baik.

Pun begitu, sebagai insan biasa, dia juga berhak untuk bersedih.

Kalau ada yang datang kepada saya dan mengeji, memberitahu yang saya tidaklah sebaik mana. Inilah yang patut dihentikan. 

“Kamu bukanlah orang yang menjalinkan hubungan dengannya selama 5 tahun. Kamu bukanlah orang yang menjadi sangat rapat dengan keluarga saya dan paling penting sekali, kamu bukanlah orang yang berjanji dengan keluarga dan saya yang kamu akan mengahwini saya.” 

Tambahnya lagi, hubungan mereka diuji dengan orang ketiga dan salah bekas kekasihnya ialah tidak berusaha untuk memilikinya lagi.

https://www.instagram.com/p/CFhn8Beh_tc/

Apa-apapun Amal tidak mahu isu ini berpanjangan dan mendoakan kebahagiaan buat semua. Bahagian komen di posting tersebut telah ditutup, namun rata-rata netizen di Twitter memberi sokongan yang terbaik buat gadis ini.

Semoga terus tabah. Pasti ada jodoh yang baik akan datang nanti.

Baca: “Banyak hint tu” – Emoji ‘Love’, Baju Sedondon & Panggilan ‘Bakal Pengantin’, Lofa & PU Riz Hangat Bercinta?

puriz

Sumber: mStar
Sumber: Hotfm
Sumber: Hotfm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.