Kalau korang perasan, sesetengah kes perceraian akan berakhir dengan sindir-menyindir di media sosial dan bermasam muka antara bekas pasangan sehinggakan anak-anak turut mendapat tempias.
Akan tetapi, satu sifat baik boleh dicontohi daripada pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie dan bekas isteri, Nina Ismail Sabri kerana mereka masih mengekalkan hubungan baik walaupun sudah berpisah.
Menerusi Instagram Jovian pada 15 Disember, dia membuat satu hantaran memaparkan dirinya bersama keluarga mertua sedang menyambut hari lahir bekas adik iparnya, Dafi. Dapat dilhat dalam gambar, sambutan hari jadi itu turut disambut bersama bekas isterinya, Nina dan anak mereka Jeanelle.
View this post on Instagram
“Tiada sebab membenci dan bermusuh”
Menurut Utusan Malaysia, pereka fesyen itu mengakui selepas dia bercerai dengan Nina, mereka masih lagi keluar melakukan aktiviti dan menghadiri majlis makan malam bersama keluar mentua.
Mereka melakukan sedemikian kerana mementingkan perihal anak serta hubungan erat antara keluarga Jovian dan juga Nina.
Lagipula keluarga saya dan Nina memang sangat rapat. Rasanya tidak adil kalau kami bergaduh manakala keluarga pun terkena tempiasnya.
Mungkin kami sudah matang dan sangat menyayangi keluarga masing-masing. Walau sudah berpisah, namun kami masih tetap berjumpa.
Jovian menyifatkan hubungannya dengan Nina matang kerana pernah berkahwin selama 10 tahun, jadi mereka tidak pernah ada rasa untuk bergaduh.
Kami pernah berkahwin selama 10 tahun. Tak ada sebab untuk kami saling membenci dan bermusuh. Cuma mungkin jodoh kami berpanjangan sebagai kawan dan Allah jaga hubungan itu.
Artikel berkaitan: “Tuhan ada rancangan lebih baik” – Netizen Terkejut Jovian & Nina Sudah Bercerai Sejak Ogos
Artikel berkaitan: Iklan Nampak Macam Wanita Berbikini, NGO Minta Jovian Turunkan Papan Tanda Di Bangi
Nina masih sokong perniagaan Jovian
Walaupun sudah berpisah, Jovian mengatakan Nina sentiasa menyokongnya lebih-lebih lagi dalam hal perniagaan. Apabila Jovian membuat live untuk mempromosi barang jualan, Nina pasti akan sertai live tersebut.
Nina juga sangat menyokong saya khususnya dalam perniagaan sampai ke hari ini. Kalau ada sesi siaran langsung untuk mempromosikan barang jualan, dia pun turut sertai.
Sebelum ini, Jovian memaklumkan hubungannya dengan Nina Ismail Sabri telah berakhir sejak bulan Ogos yang lalu namun, mereka masih mengekalkan hubungan baik antara satu sama lain sehingga kini.
Sumber: Instagram, Utusan Malaysia