in

Hotel Patah Hati Mahu Bantu Wanita Yang Putus Cinta ‘Move On’ Lepas Pasangan Curang

f4 hotel pth hati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mereka yang pernah putus cinta je yang tahu betapa perit dan sakitnya hati lepas putuskan hubungan dengan kekasih. Ada yang menangis berhari-hari dan ada yang buat keputusan untuk ‘block’ ex tu kat Instagram. 

Memandangkan bukan mudah untuk setiap orang move on dari benda ni, seorang ahli psikologi dan pensyarah dari London iaitu Alice Haddon dan beberapa rakannya mengambil keputusan untuk membantu wanita yang putus cinta untuk teruskan kehidupan.


hotel pth hati 2

Memetik laporan Mail Online UK, Alice telah membuka sebuah hotel khas iaitu the Heartbreak Hotel (hotel patah hati) kepada mana-mana wanita yang mahu ‘menyembuhkan’ hati mereka setelah putus cinta.

Difahamkan, penginap boleh datang ke hotel tersebut dan sertai program selama tiga hari untuk melupakan bekas kekasih mereka.

hotel pth hati 4

Dengar kata, jumlah penginap juga dihadkan kepada lapan orang wanita sahaja dan sepanjang program itu, mereka akan menjalani terapi secara berkumpulan, makan makanan yang sedap dan sihat serta bermeditasi yang akan membantu para peserta untuk ‘sembuh’.

hotel pth hati 3

Alice turut mengatakan program ini turut membantu peserta untuk mengatasi trauma dalam mencari pasangan hidup setelah dikecewakan bekas kekasih.

Kita tak mampu untuk hilangkan kesakitan itu tapi kita boleh percepatkan proses itu, sekali gus mereka akan jadi lebih kuat untuk teruskan kehidupan,” katanya.

Pakej percutian di hotel ini berharga £2 500 (lebih kurang RM14 ribu) sebab peserta akan tinggal di sebuah rumah mewah sepanjang program.

Patut ada jugak hotel konsep macam ni kat Malaysia, baru lah senang nak move on lepas break dengan pakwe atau makwe kan. 

Sumber: Mail Online UK

Baca: “Ni bukan walk-in tau…”- [VIDEO] Penginap Hotel Berang Servis Staf Tak Setaraf Dengan ‘Title’ Hotel 5 Bintang

hotel pth hati 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.