Kegagalan filem Sheriff di Indonesia nyata tidak mematahkan semangat Syafiq Yusof yang kini memasarkan filem berkenaan di Hong Kong pula.
Lebih membanggakan, selebriti terkenal dari negara berkenaan, Eric Tsang menggemari filem berkenaan sehinggakan dia ingin berlakon sekiranya ada Sherif 2.
Artikel berkaitan : “Poster dalam Bahasa Cina!” – Syafiq Yusof Umum Filem ‘Sheriff’ Bakal Tayang Di Hong Kong
Artikel berkaitan : Tidak Mendapat Sambutan, Syafiq Yusof Akur Banyak Tayangan Filem Sheriff Di Indonesia Telah Diturunkan Secara Drastik
Perkara tersebut didedahkan oleh Syafiq dalam satu posting di X baru-baru ini yang turut mengucapkan terima kasih kepada Eric kerana sempat mempromosikan filem berkenaan di Hong Kong.
“Hong Kong is small but our films travel the world because we shoot until we cry” Maksudnya bikin filem hingga titisan darah yg terakhir. Satu nasihat yg akan aku pegang. Terima Kasih Master Eric Tsang ? Dia sempat promo Sheriff ? Kata dia kalau ada Sheriff 2 dia nak belakon ? pic.twitter.com/suIgSlryPN
— Syafiq Yusof (@syafiqyusof) June 6, 2024
Menerusi hantaran video yang diambil ketika tayangan perdana filem Sheriff di Hong Kong baru-baru ini, kelihatan pelakon tersebut mempromosikan filem Sheriff dan sempat berseloroh ingin berkerjasama dengan pengarah tersebut.
“Jangan lupa saksikan Sheriff di Hong Kong, ini pengarah saya, dia jemput saya hari ini, untuk hasilkan filem gengster”
Selain Eric, tayangan perdana Sheriff turut dihadiri oleh ramai penggiat filem di Hong Kong.
Terdahulu, Syafiq juga ada mengulas tentang kegagalan Sheriff di Indonesia dan menafikan dakwaan kononnya penonton di sana tidak menyokong filem Malaysia.
Tambahnya lagi, dia meletakkan kesalahan tersebut di atas dirinya sendiri dan akui Sheriff masih jauh sekiranya ingin dibandingkan dengan filem aksi daripada Indonesia.
Sumber : X