in

Hilang Selama Sebulan, Polis Sahkan Rangka Manusia Di Kebun Durian Milik Remaja Hilang

Syaz Ft 2024 06 25T171857.163

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rangka manusia ditemui dalam sebuah kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau, Johor.

Difahamkan, rangka itu milik remaja yang dilaporkan hilang sebelum ini, berdasarkan pengecaman keluarga mangsa.


Artikel berkaitan: [VIDEO] Warga Emas Berdepan Detik Cemas, Terperangkap Dalam Kenderaan Ketika Kereta Dilarikan Penyamun

Artikel berkaitan: “Tulang paha, betis & keting” –  Kakak Arwah Bella Syukur Baki Rangka Ditemui Di Kawasan Penemuan Bella

Menurut laporan Astro AWANI, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Supt Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata pengecaman berkenaan melalui dokumen dan juga beberapa barangan milik mangsa Hafiz Fauzan Abdul Halid yang dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu.

41719245790 Rangkamanusiadite

“Penemuan rangka di tepi Jalan Yong Peng-Muar itu kira-kira pukul 11.15 pagi hari ini, oleh orang awam, selain terdapatnya sebuah motosikal yang mengalami kerosakan di lokasi dan dipercayai terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Motosikal yang ditunggang mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan terlanggar sebatang tiang elektrik, menyebabkan mangsa terhumban ke kawasan semak yang agak curam di dalam kebun durian berkenaan,” katanya.

Beliau turut berkata walaupun pengecaman telah dilakukan keluarga, pengesahan rasmi identiti rangka yang dijumpai akan disahkan setelah laporan Asid Deoksiribonukleik (DNA) diperolehi.

Difahamkan, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Astro AWANI

Sumber: Astro AWANI

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.