Kebiasaannya, bila berlaku jalan sesak yang lama di jalan raya sampai kenderaan tak dapat bergerak, ramai pemandu akan turun daripada kenderaan mereka. Ada segelintir daripada mereka akan berborak atau melakukan aktiviti bersama-sama.
Tular baru-baru ini, satu video yang dimuat naik oleh @nataresyagrph di TikTok memaparkan keadaan jalan sesak di lebuh raya arah utara.
Terbangkan drone untuk tengok suasana
Seperti yang ditulis oleh pemilik video, jalan yang sesak itu menyebabkan banyak kenderaan tersangkut dan perlu memberhentikan kereta. Kebanyakan daripada pengguna lebuh raya tersebut dilihat keluar daripada kereta masing-masing.
Artikel berkaitan: “Jadi pertunjukan cahaya”- Romantik Habis! Lelaki Di Singapura Lamar Kekasih Guna 150 Buah Drone
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tengah Syok Guna, Netizen Turut Speechless Tengok Drone Baru Kena ‘Rembat’ Dengan Helang
Bagi melihat suasana dan punca jalan sesak, pengguna TikTok itu telah menerbangkan drone di kawasan tersebut. Dapat dilihat, ramai pengguna jalan raya yang lain juga tersangkut sehinggakan ada daripada mereka yang baru sahaja keluar dari hentian rehat dan rawat tersangkut di jalan yang sama. Selain itu, beberapa pengguna lain juga dilihat berborak sesama mereka berdekatan kereta masing-masing.
Jalan sesak sebab lori gula accident
Di ruangan komen, pemilik video berkata jalan sesak tersebut berpunca daripada kemalangan yang terjadi baru-baru ini. Tragedi melibatkan tiga buah lori (salah satunya membawa muatan gula) dan empat buah kereta lain.
Namun, pemilik video itu berkata dia tidak dapat menerbangkan drone lebih jauh kerana situasi kemalangan itu lebih jauh daripada tempat ia mula diterbangkan. Dia juga menjawab persoalan tentang keadaan jalan sesak tersebut.
Lamanya stuck dekat situ..
Sumber: TikTok