Isu Sugar Baby-Sugar Daddy sekarang ni tengah jadi bualan hangat orang ramai selepas pengasas web SugarBook dah ditangkap oleh polis. Kalau korang perasan, kebanyakannya Sugar Baby ni merupakan pelajar universiti tau!
Sebab tak cukup duit untuk survive dekat universiti, diorang terpaksa cari duit lebih dan dalam masa yang sama tak nak susahkan ibu bapa.
Ika (bukan nama sebenar) yang dulunya bekas Sugar Baby bercerita kepada Bernama yang dia start jadi Sugar Baby sejak tahun kedua pengajiannya di universiti swasta di Lembah Klang.
Korang tahu la kan, yuran universiti swasta kan mahal gila.
Tapi, lepas apa yang jadi pada satu malam tu buat Ika terus nak bertaubat dan tinggalkan aktiviti berdosa ni.
“Saya masih ingat pada satu malam tahun 2017. Malam yang begitu malang untuk saya kerana kehormatan saya cuba dinodai. Hanya Tuhan yang tahu betapa ngerinya pengalaman yang saya lalui pada malam itu. Saya demam dua minggu dan sepanjang masa menggigil ketakutan.”
Gadis itu terus terang cakap yang dia memang rasa menyesal sangat buat aktiviti Sugar Baby ni dan memang sumpah dah tak nak kembali ke lembah maksiat tu.
Awal-awal tu diupah untuk jadi escort girl kepada orang-orang kaya je tapi dari situ la dia mula terjebak jadi Sugar Baby dan dibayar lebih dari RM 10,000.
Siapa je tak nak duit banyak macam tu kan ?
Tapi, niat tak menghalalkan cara. Memang la niatnya tak nak susahkan ibu bapa tapi lama-lama Ika mula sedar yang duit yang dia dapat selama ni datang dari aktiviti yang haram.
Untuk yang kat luar sana tu, jangan la ye terjebak dengan Sugar Baby ni. Bahaya…….
Sumber : BERNAMA