Isu mengenai Ali Puteh dengan kakak iparnya, Nur Hidayah dilihat masih belum berpenghujung. Sudah semestinya ia berkenaan dengan isu bayaran hutang Ali kepada Hidayah.
Isu ini dilihat semakin menjadi-jadi apabila Hidayah bertegas memohon Ali Puteh untuk membayar hutang yang telah diarahkan oleh pihak mahkamah kepadanya.
Artikel Penuh : “Ini bukan sistem barter” -Hidayah Enggan Terima Ali Puteh Nak Bayar Saman Dengan Motosikal
Artikel Penuh : “Tiada usaha langsaikan hutang” – Hidayah Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Ali Puteh
Baru-baru ini, Hidayah ada muat naik satu video dirinya ditemu ramah oleh Melodi TV3 berkenaan isu bayaran hutang ini.
Kali ini, Hidayah mengambil tindakan baru dengan menggunakan akaun Instagram arwah suaminya, Abam Bocey iaitu abang kandung untuk menuntut hutang kepada Ali Puteh.
Saya mohon pihak di sana percepatkan bayaran HUTANG bukan untuk saya tetapi untuk anak saya Hamzah.”
.
View this post on Instagram
Menerusi video tersebut, Hidayah ada menjelaskan mengenai kehidupannya dengan Hamzah yang semakin membaik berkat usahanya dalam berniaga.
Bila ditanya mengenai isu hutang pula, Hidayah masih membuat tuntutan yang sama iaitu dengan meminta pihak terbabit untuk melangsaikan hutang yang tertunggak.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengecam Hidayah dan ada juga yang mengecam Ali Puteh di atas isu yang dikatakan sudah berlarutan sejak sekian lama.
Apapun, tamatkanlah persengketaan ini kerana ia sudah lama berlarutan dan tak elok untuk anak kecil pada masa akan datang.
Sumber : Instagram