in

Hidang ‘Air Botol Premium’ Semasa PM Mesyuarat Kos Sara Hidup, Cetus Pelbagai Reaksi

air evian mesyuarat pM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semenjak dua menjak ini, isu kos sara hidup yang makin meningkat telah menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen.

Oleh itu, kerajaan baru-baru ini telah mengadakan satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri bagi membincangkan kos sara hidup negara ini dan menurunkan harga ayam yang kian meningkat.


 

Muat naik video mesyuarat tapi air botol jadi tumpuan? 

Oleh itu, Pejabat Perdana Menteri menerusi akaun Twitter rasminya telah memuat naik video berkenaan mesyuarat yang diadakan pada 31 Januari lepas, namun tidak disangka-sangka isu lain pula yang menjadi perhatian rakyat.

Menurut Malaysiakini, menerusi klip video berdurasi 26 saat itu, mereka yang hadir ke mesyuarat berkenaan dilihat dihidangkan setiap seorang dengan sebotol air mineral jenama Evian 500ml.

Air berkenaan dipercayai dijual dengan harga RM4.50 sebotol jika diperiksa di sebuah laman web pasar raya, yang mana ia lebih mahal daripada sebotol air mineral biasa di pasaran.

 

“Kenapa membazir?”

Melihatkan air yang dihasilkan oleh syarikat Perancis bernama Danone itu dihidangkan di mesyuarat berkenaan, rata-rata netizen berpendapat ia seakan memaparkan kemewahan yang dinikmati pegawai tinggi kerajaan berbanding rakyat.

botol premium

 

“Dalam gomen, air brand apa semua tu, bukan beli dan2 buat meeting” 

Walau bagaimanapun, tidak semua yang mengecam kerana ada juga yang berpendapat isu ini tidak berat kerana banyak lagi isu lain yang sepatutnya menjadi perbincangan netizen.

air mineral

Apa pendapat korang mengenai air botol premium ni? Apa-apapun admin rasa ada baiknya kita tunggu penjelasan daripada pihak yang berwajib mengenai isu ini. 

Baca: Screenshot Viral Cuti Am Hari Wilayah Persekutuan Pada 3 Februari Adalah Palsu- JPM

PM

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.