in

“Hentikan kegilaan ini” – Doktor Nasihat Pesakit Dapatkan Konsultasi Sebelum Jumpa Chiropractor

leher pulas doktor tegur buat konsultasi sebelum jumpa chiro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya kerap juga kita lihat di media sosial berkenaan video reaksi pesakit yang mengalami sakit-sakit badan menjalani sesi pulas memulas anggota badan daripada mereka yang dikenali sebagai chiropractor.

Meskipun ramai yang seriau, ada juga yang nak cuba sebab rasa nikmat sangat bila tengok badan pesakit lega lepas dipulas dan ditarik.


Artikel berkaitan: Wanita Hilang Jari Kaki Lepas ‘Fish Spa’ Di Thailand, Doktor Jelaskan Kenapa

Artikel berkaitan: “Macam bengkokkan sudu sampai patah dua” – Lelaki 80 Tahun Mati Lepas Ahli Chiropractor Kepak Tulang Sampai Patah

“Kita kena hentikan kegilaan ini” 

Pun begitu, seorang doktor pakar sakit (pain interventionist), Dr Mohd Shahir Anuar memuat naik satu posting di Instagram menunjukkan paparan MRI seorang pesakit yang mengalami masalah tulang belakang akibat dari sesi ‘pulas memulas’ di bahagian leher.

Menurut doktor ini, sebaiknya mereka yang mengalami sakit-sakit badan dapatkan dahulu konsultasi dengan doktor tulang belakang atau pakar sakit untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Mohd Shahir Anuar (@drshahirpain)

Saya rasa kita kena hentikan kegilaan ini. Dapatkan konsultasi daripada doktor tulang belakang dan sakit yang terlatih.

“Jangan dan jangan serahkan diri anda untuk ditarik-tarik atau dipulas-pulas leher anda. Sama-sama kita kena hentikan kegilaan ini,” katanya.

“Ini macam hukuman gantung” 

Meskipun doktor berkenaan tidak menjelaskan apa yang berlaku kepada pesakit, ia mengatakan keadaan ini sama seperti pesakit menjalani hukuman ‘gantung’ dan perlu dirawat dengan pembedahan.

pain 1

Ada juga yang menjelaskan bahawa ia adalah keadaan di mana tulang belakang di bahagian leher teralih dari kawasan asal atau dislocated. Jika salah ‘pulas’ boleh jadi seluruh badan lumpuh.

pain 2

Menerusi posting itu, ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing yang mengalami masalah yang serupa dan kebanyakannya menasihatkan orang ramai untuk dapatkan konsultasi dari doktor yang terlatih.

pengalaman

Apa-apapun bagi admin, sebaiknya sebelum buat apa-apa korang checklah doktor dulu. Takut sakit lain lepas tu bila dah pulas-pulas badan rupanya sakit lain. Risau juga tu.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.