in

“Hebatnya pengakhirannya” – Jemaah Umrah Malaysia Meninggal Dunia Selepas Tawaf Wada’ di Masjidil Haram Pada Malam Nisfu Syaaban

jemaah umrah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jemaah umrah dari Malaysia, Marina Abdul Wahab, meninggal dunia sejurus selepas menunaikan tawaf wada’ di Masjidil Haram pada malam Nisfu Syaaban, Jumaat lalu.

Kisah menyayat hati ini dikongsikan oleh pendakwah bebas, Abdullah Khairi Harun yang berada di lokasi ketika kejadian. 


Menurutnya, Marina rebah secara tiba-tiba dalam keadaan masih berwuduk dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan suaminya.

“Baru lepas tawaf wada’, menangis dalam doa, masih dalam wuduk, berjalan ceria… tiba-tiba jatuh dalam masjid dan meninggal dunia.  

“Hebatnya pengakhiran Puan Marina Abdul Wahab,” tulis Abdullah Khairi di Facebook.

Artikel berkaitan: Hikmah Di Sebalik Kejadian, Lelaki OKU Tular & Keluarga Dapat Tajaan Pakej Umrah

Artikel berkaitan: Lebih 300 Jemaah Terkandas, Polis Tahan Pasangan Suami Isteri Didakwa Terlibat Penipuan Pakej Umrah

Jenazah Allahyarham disolatkan oleh ribuan jemaah di Masjidil Haram selepas solat Maghrib dan dikebumikan di Makbara Syuhada Alharam.

Marina dikenali sebagai seorang yang pemurah dan suka menjamu orang sekeliling. 

Walaupun kehilangan isteri tercinta, suaminya, Jamaluddin, tetap tabah meneruskan perjalanan umrah mereka ke Madinah seorang diri.

“Datang berdua, beg berempat. Balik seorang, beg berempat… hanya Allah yang tahu,” katanya. 

Hantaran tersebut telah menyentuh hati ramai warganet yang turut sebak dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit: FB Abdullah Khairi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.