Pelakon terkenal tanah air, Rita Rudaini sempat mengimbau kenangan lama dan juga sejarah nama anak sulungnya iaitu ‘Airit’ atau nama penuh Airit Rayyan Rizqin.
Dalam satu posting terbaru Instagram Rita, @ritrud727, dia memberitahu yang dia terjumpa jersi lama tertulis ‘Airit’ ketika mengemas baju-baju lama.
Menerusi caption yang ditulis, Rita turut menceritakan kenangan lamanya berkaitan dengan jersi itu yang membawa kepada maksud ‘Airit’.
https://www.instagram.com/p/CUjuci-pj2x/?utm_source=ig_web_copy_link
‘Inilah jersi masa mommy dan daddy (bekas suami, Aidil Zafuan) mula bercinta. Daddy buat jersi Negeri Sembilan untuk mommy dan sambung nama daddy (Aidil) dan Mommy (Rita), jadilah Airit,” – Rita
Rupanya nama tersebut merupakan gabungan nama dia dan juga bekas suami iaitu, Aidil Zafuan. Kata Rita lagi, dia sampai dihubungi oleh pihak pengurusan team bola sepak Negeri Sembilan ketika itu kerana mereka tertanya-tanya tentang maksud nama itu.
“Itulah sejarah bermulanya nama Airit. Hebat tak hebat cinta mommy dan daddy sampai rentas benualah,” Rita
Anak-anak Rita ternyata teruja apabila diberitahu tentang cerita disebalik nama ‘Airit’ terutamanya Airit Rayyan sendiri kerana nama miliknya telah lama disimpan oleh Rita dan Aidil Zafuan.
Baca: “Sebab Allah dah tulis mcm tu” – Rita Tak Kisah Tak Ada Disebabkan Tak Vaksin, Percaya Pada Rezeki